Sunday, August 19, 2012

Dendang Perantau .

Assalamualaikum  .

Selamat Tinggal .

Syawal sudah datang bertandang . Ramadhan terpaksa mengundurkan diri . Latihan sebulan  buat semua hamba Allah . Sudah namanya latihan , memang pelbagai cabaran juga terpaksa diharungi . Berbekalkan ketakwaan dan kesabaran . Setiap kesulitan datang bersama kemudahan , Insyallah .
Bulan Ramadhan bulan mulia . Di awalnya keberkatan , pertengahannya pengampunan dosa , penghujungnya pembebasan dari api neraka . Datangnya seperti "ferrari" , laju berlalu kita pun tak sedar .


Pictures below credit : Google .



Raikan kemenangan ?

Syawal yang mungkin lebih sinonim dengan keriangan , kegembiraan . Sejajar dengan tujuannya menyambut kemenangan kita , kemenangan iman dan hati kita . Semoga anugerah takwa yang diperoleh . Namun , hakikat dunia . Tatkala takbir bergema , takala semua berpusu - pusu menunai sunat AildilFitri . Ada di kalangan kita yang hatinya meruntun sedih . Baik yang berada , baik yang kurang kemampuan . Namun , ketahuilah kita bahawa Allah ada bersama kita , Allah dekat dengan kita . Diberinya Ramdhan sebagai hadiah . Maka sambutlah syawal dengan penuh keserhanaan dan kesyukuran . Tak semua yang bernasib baik seperti kita . Maka panjatkanlah syukur mu .



Teruskan perjuangan .

Bayangkan setelah sebulan kita melakukan segala kebaikan , kita menikmati kemanisan beribadah . Apabila masuk sahaja 1 Syawal , sanggupkah kita membiarkan segala pelajaran dan latihan hati kita itu begitu sahaja ? Sanggupkah kita kembali melakukan perkara mengundang kemungkaran Allah . Sama-samalah kita renungkan . Diri sendiri memang yang hina dina ni hanya mahu merperingati sesama kita . Esok pepagi sebagai tanda syukur sekurangnya sarungkan pakaian yang bukan sahaja cantik dan bersih , malah sarungkan pakaian yang Allah suka ( menutup aurat ) dan seangkatan . Hari pertama ,syawal , jaga segala pancaindera , buat seperti mana yang kita dilatih . Jaga mulut , jaga mata , jaga telinga , jaga hati . Di hari pertama syawal mahukah kita dimurkai Allah ? Nauzubillah . Moga kita tak terlayan dek nafsu . Musuh kita yang utama dah get ready awal - awal nak jalankan kerja dia . Kita dah bersediakah mahu lawan ? Fighting ! Fight your nafs !




Benar , dalam hati memang gentar , gentar takut terjatuh , tersadung lagi dengan tipu daya musuh , syaitan .Namun , ingat kembali ketenangan dan kerahmatan yang kita peroleh sepanjang Ramdhan . Kekalkan atmosphera Ramadan itu , sehingga bertemu Ramadan yang seterusnya . Mampukah kita ? Insyallah Segalanya mungkin , usahalah . Sepanjang beberapa bulan akan datang selepas Ramadhan ini memang hati kita akan "injured" . Tapi cari balik ubatnya , bertahan sehingga kita masuk semula ke pusat rawatan dan pemulihan hati ( Ramadan ) tahun depan . Moga Allah beri lagi kita kesempatan . Di dalam berdoa jangan lupa berusaha , masa tidak menunggu kita . Masa kian singkat .




Di malam syawal yang penuh kegembiraan ini , salam lebaran diucapkan kepada semua umat Islam . Ampun maaf andai kata sepanjang penulisan , sepanjang ukhuwah terjalin tidak kira melalui alam maya atau realiti , jika ada salah dan silap . Maka aku mohon kalian menegur disamping memberi kemaafan . Teguran bukan untuk buktikan aku salah , teguran bukan buktikan kau betul . Tapi teguran yang membuatkan aku dan kau jadi muslim yang lebih baik . Sayang kalian semua . Bawalah aku ke jalan Allah . Pimpin tanganku bersama .




Buat pembuka selera , hihi . Saja nak selitakan kepada anda semua . Kuih muih yang baru berjaya dimasukkan ke dalam balang petang tadi . Selamat menjamu mata ;)

Sebahagian kuih yanga ada . Jemput - jemput :)




Antara preparation wajib , Yang hindustan tu erm , haha :D


Assamualaikum !

Till we meet again . Oh ya fyna beraya di "perantaun" tahun ni . Haha . Tak balik Perlis . Lap air mata*




2 comments:

  1. syiok jugak hr sbtu hr tu layan kabhi kushi kabhi gham. hihihi

    ReplyDelete