Dah tinggal beberapa hari sahaja kita nak bertemu bulan mulia , bulan Ramadhan . Rasa macam agak pantas jugak la masa berlalu untuk tahun ni kan . So , fyna ambil kesempatan ni nak wish semua orang , Selamat Beribadah , Selamat Mencari Keredhaan & Keampunan Allah sepanjang bulan Ramadhan ini . Dan moga - moga kita istiqomah kawal nafsu kawal diri kita sepanjang bulan puasa sampai lah bila - bila :D Insyallah .
Before tu . Take note ; saya bukan lah sesiapa yang arif dalam bab - bab ini , cumalah insan yang serba kekurangan yang tak lari dosa , yang masih perlu "struggle to be better muslim" . Ilmu pasal agama saya sangat kurang , saya akui saya baru mula nak ambil tahu pasal agama dengan lebih serius . sebelum ini mungkin tak . Segala silap , tolong betulkan .
" Jangan Takut Untuk Berhijrah " , kadang - kadang kita bukannya tak terlintas di hati nak sangat perbaiki diri kita , nak sangat nak jadi lebih dekat dengan Allah . Niat tu sudah ada , rasa keinginan tu dah ada , tapi kita macam tak ada kekuatan untuk ke arah tu , tak ada keberanian . Mungkin sebab tak yakin dengan diri , mungkin juga takut dengan apa respon yang akan kita dapat dari orang sekeliling . Inilah apa yang fyna rasa , selalu sangat dah dok terlintas dalam hati " takkan lah aku nak macam ni sampai bila - bila , masih di takuk yang sama , nak juga jadi lebih baik dari ini " . Selagi kita tak ambil apa - apa tindakan , tak paksa diri kita untuk buat , selagi itu niat baik kita akan tertangguh . So jangan berlengah , start from now .
Bagi fyna , ada first few steps yang perlu buat , untuk mula mengorak langkah nak menapak nak mendalami Ilmu Allah , nak lembutkan hati , nak perbaiki apa yang kurang , nak cari Redha Dia . Tak semua apa yang fyna akan tulis ni fyna buat . Tapi itulah yang akan paksa diri untuk buat . Kadang - kadang ada hari malas ada hari rajin . Sama la jugak macam iman , ada hari naik ada hari dia turun . So nak tak nak fyna kena paksa diri fyna untuk terus pujuk hati nak berubah .
1 . " Solat Tiang Agama "
Siapa yang nak meneggakkan agama islam , maka janganlah abaikan solat . Jika tiangnya rapuh harus bagaimana rumahnya bisa berdiri teguh . Memang benar semua orang solat lima waktu , mungkin itu tak menjadi masalah , tapi mungkin dulu kita solat tu cuma sebagai syarat , solat akhir waktu , wudhuknya pun tak sempurna . So , mungkin kita boleh start solat di awal waktu . Abaikan dahulu segala urusan , segerakanlah solat tu . Fyna pun tak terlepas benda ni , kadang - kadang keluar tu pergi jalan- jalan sampai dah dekat nak azan waktu lain baru nak solat . Tapi kita kena lebih alert . Kita kena ingat apa pun yang jadi cari masa untuk solat di awal waktu . Setiap waktu solat ingatlah akan kematian Anggaplah ia sebagai kali terkahir kita solat sebelum menemui ajal . Hurm , susah kan , takpa kita cuba .Selain solat fardhu , touch up kan ia dengan solat sunat . Solat sunat ini termasuk lah sunat rawatib. Antara solat rawatib yang hampir tak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah ialah 2 rakaat sebelum fajar . Bercakap pasal solat sunat ni , fyna memang susah lah nak bangun untuk tahajjud , entah lah kenapa , nak bangun pukul 3 4 pagi tu rasa berat sangat , sebab fyna tau fyna jarang nak terjaga tengah malam , fyna akan cuba buat solat sunat apa yang sempat sebelah siang .
"Sesungguhnya amalan seorang hamba yang pertama sekali dihisab ialah sembahyangnya. Sekiranya sembahyang itu bagus, maka dia berjaya. Tetapi jika sembahyang itu rosak, maka dia rugi. Sekira ada apa-apa kekurangan didalam kewajipannya(solat) maka Allah Azza Wajal mengatakan:- Perhatikan apakah hamba aku mempunyai sembahyang sunat yang boleh dia menyempurnakan kekurangannya didalam solat fardu.Segala amalannya yang lain akan diadili seperti itu. " ( Diriwayatkan oleh al-Tirmizi, Abu Daud, Al-Nasaai, Ibn Majah dan Ahmad)
2. " Biar Al-Quran dekat di sanubari "
Akui lah sebelum ini masa zaman sekolah jarang nak pegang Al - quran , nak baca apatah lagi nak tahu maknanya dan betulkan tajweednya. Tapi bila dah masuk asasi , fyna rasa macam fyna tiada siapa nak jaga , nak melindung , kini hanya ada Allah yang sentiasa bersama kita , Dia pelindung kita . Dan Al-Quran itu mukjizat . So , setiap hari tu please jangan miss baca Al - Quran serta maknanya . tak kira lah walaupun hanya 2 3 potong ayat . Biar dia dekat di hati kita . Lepas solat tu ambik masa 5 minit untuk baca . Selain dari itu , sentiasa perdengarkan Ayat - ayat Al - Quran di dalam bilik , dalam rumah , atau pun dalam kereta . Biar kita sentiasa dengar kalimah Allah . Fyna harap yang ni fyna boleh buat lebih kerap . Selalu nak dengar lagu pun mesti cari lagu yang lagha . Heh . Yang ni akan cuba diterapkan lagi Insyallah . Surah - surah pilihan tu keraplah amalkan . nasihat diri sendiri*
3. " Sucikan hati yang kotor "
Antara satu sifat yang boleh sucikan hati , yang boleh beri kehidupan kita satu nafas baru , satu perspektif baru ialah dengan bersyukur . ya Bersyukur tu kunci untuk segalanya bagi fyna . Nikmat Allah bagi kat kita sekarang ni , kalau nak kita listkan , tak kan mampu . Percayalah bila kita start bersyukur dengan apa sahaja Allah kurni , hidup kita akan lebih mudah . Maka jadilah kita dalam golongan orang yang bersyukur . Jangan riak , jangan takbur , jangan sombong . Kalau kita berharta , ingat harta itu bukan milik kita . Kalau kita serba kekurangan , ingat Allah ada untuk kita . Semua ini milik Allah , bukan milik kita . Rupa paras kita , harta kita , kepandaian kita , semuanya . Cuba rasa malu dengan Allah bila terlintas di hati nak sikap riak takabur . Jangan lah iri hati dengan klebihan orang lain . Semua kita sama disisi Allah , yang berbeza hanya amal soleh . And oh ya zikir , selawat , jangan lupa . Basahkanlah lidah , sucikan hati kita . Kalau badan kita pun kita mandikan 2 3 kali sehari . Hati janganlah lupa bersihkan .
“Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memaklumkan sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih” (Ibrahim:7)4 . "Majlis ilmu"
Ha , bab ni memang fyna amat - amat lah terkilan . tengok kawan - kawan kat perlih( read perlis) pi merata aih program . Harap lepas ni , boleh attend , boleh join banyak sangat majlis - majlis macam ni . Insyallah .
Mungkin dulu rasa macam tak nak rasa macam malas nak ambil peduli pun pasal ni . Mungkin sekarang , kena start ambil peduli , kena start jinakkan diri pergi majlis - majlis ilmu . A friend of mine pernah berpesan "Agama ni kena berguru tak boleh sekadar surf internet " . Rasa macam a'ah betul tu , asyik duduk google ja semua mana boleh . Ini bukan soal main - main . Ini soal agama . Insyallah harap Allah hantar orang yang baik - baik untuk bawak kita ke jalan Dia .
Ada sikit tambahan yang nak cuba selit kan sini . Isu menutup aurat .
5 . " Menutup tidak sama dengan membalut "
Pakai tudung tu belum tentu kita sudah menutup aurat . Ingat , dan berhijab itu bukan lah sekadar nak sembunyikan rambut , hijab kita biar sempurna . Berhijab biarlah sampai hijab hati . Fyna tau fyna pun masih jauh dari sempurna dalam isu ni . Tapi dari segi aurat atau pakaian ni kita jangan takut untuk berubah . biarlah fashion & style come second after syariat . Fyna pun selalu tersasar , tapi ingatkan diri tu balik , kita nak cantik di mata manusia sahaja ka ? nanti manusia jugakah akan hisab kita di akhirat ? Selepas selesai hijrah hati peringkat demi peringkat harap sangat boleh fyna hijrah dari segi penampilan .Nampak baju - baju ketat jarang , ni sayang tak pakai , tapi takpa pejam mata , pakai baju lain yang lebih menepati . Labuhkan tudung . Fyna tulis ni pun untuk peringatan diri . Masih dalam proses , harap sangat boleh cuba transfromkan diri demi Mu ya Allah .Insyallah percayalah bila kita ingat Allah , sebelum kita keluar rumah tu kalau kita pakai macam rasa tak kena ja , kita sendiri akan rasa bersalah , kita sendiri akan masuk tukar kepada yang lebih elok . Elakkan tabarruj yang kini telah dianggap sebagai norma . Insyallah . pesanan untuk fyna jugak ni .
" Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman suapaya menyekat pandangan mereka ( dari yang haram ), dan menjaga kehormatan mereka , dan janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher baje mereka dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan tubuh perhiasan mereka melainkan kepada suami mereka " ( An-nur:31 )"
Rasanya dah panjang sangat dah ni , tangan pun dah lenguh . Harap sangat segalanya ditulis akan bawa manfaat :) Insyallah , and jangan lah harap fyna sesempurna semua itu , cumalah manusia yang baru kenal erti hidup ini semata - mata kerana Allah .Janganlah melihat akan siapa penyampainya , tetapi lihatlah kepada apa isi yang disampaikannya . Manusia itu tak sempurna , tapi Agama(Islam) yang disebarkannya itu adalah sempurna . Sama - sama kita cuba tingkatkan lah , walaupun kita ni tak setanding para cerdik pandai Islam , tapi biarlah kita lebih baik dari orang yang tidak diredhai Allah ( orang jahil ) . Kalau kita tak mampu buat perkara baik sekalipun janganlah pula menambah dosa :)
Harap ada orang yang sudi bimbing dan beri tunjuk ajar . Kalau ada salah silap mohon maafkan , Rasa malu sangat nak post pasal ni , tapi apa salahnya nak berkongsi cerita .
Assamualaikum :D
- Jangan Takut Untuk Berhijrah kerana Allah -
may Allah ease everything.
ReplyDeletei must say that this is the best for ever from you ^_^
kak , ada notice something tak dalam post ni , ada ayat dari tuu :') thanksss . Insyallah . may Allah ease my intention ,
ReplyDeletehey babe, nice entry.
ReplyDeletesemoga Allah permudahkan segala urusan hg.
Doakan utk aku jugak (;
i'm trying my best right now to be a better person :(
Insyallah , jauh lagi perjalanan . mula dari zero , insyallah . moga ada masa & umur lagi :)
ReplyDelete:") sama sama kita ke jalan Nya fyna. :)
ReplyDeletemoga dipermudahkan