Tuesday, April 9, 2013

Dahaga Ilmu ,

Syukur Alhamdulillah, masih diberi peluang menaip di blog kesayangan. Dah lama tak update ada tak yang rasa kehilangan? dah lama tak bersuara di dunia blog, ada tak yang mencari? Kalau ada Alhamdulillah, kalau tak ada pun Alhamdulillah, moga post-post yang lepas ada  jugak yang mampu beri manfaat.

Life been good so far, im thankful to HIM :)


Moga Allah rahmati kita semua yang masih belajar, moga ilmu diberkati, yang sudah bekerja, moga pekerjaan juga diberkati.
Sebagai peringatan buat diri sendiri & orang lain , Tujuan kita cuma satu, nak kerja redha Allah, nak pahala? nak syurga? nak ganjaran? Cari redha Allah dulu , Insyallah segala yang baik akan datang mencari kita.

Indahnya hidup dalam keberkatan Dia. Terasa manisnya iman. Insyallah, kita akan sampai tahap tu. Diri sendiri yang menaip ni pun masih bersusah payah.Syurga tu mahal , nak dapat ijazah segulung pun kena berkorban(?) , apatah syurga milik Allah azza wa jalla.

Diam bukan sengaja, diam aku mencari ilmu.
Tak ada niat untuk lari, cuma ingin sendiri.

Rasa nak menulis di blog lagi , macam belum ada ilmu, tetapi fikir-fikir balik sepanjang hayat kita ni adalah learning process, so kalau asyik dengan pemikiran "aku tak tahu, aku masih belajar" , tak ke mana lah kita.Insyallah i have so many thing to share, kalau ada peluang & waktu , dengan izin Dia boleh kongsi setakat mana yang mampu :)



*Bila di jalan Dia, jangan lupa heret aku sekali, takkan nak masuk syurga sorang-sorang? Hehe *


Assalamualaikum :)

" Dosa yang bagai buih-buih di lautan, 
tetapi tahu tak pintu paling besar&sentiasa terbuka adalah pintu taubat"

1 comment: