Salam saiyiddul ayyam .
Macam mana misi pencarian "mak cik laila dan pakcik qadar" ? ( pinjam istilah pemilik blog Angel Pakai Gucci ) . Ada baik ka ? fyna pun tengah cuba jaya lagi berjaga malam . masih dalam proses memarah diri asyik malas dan bertangguh .
Sebelum nak terus biarkan jari - jari ni menari di atas keyboard , to make it clear . Post ini untuk semua kawan-kawan perempuan kat luar sana . Fyna bukan sini nak cuba ajar hampa ka jauh sekali nak tunjuk pandai . Cuba nak bagi pendapat berdasarkan beberapa pengalaman yang dikutip sepanjang hayat di kandung badan . Ewahh . Tahu la fyna muda lagi kan . Hehe .
Ramai yang teringin berhijab
Okay tak nak cerita panjang - panjang nak terus straight to the point . Isu berhijab , bertudung atau lebih terperincinya menutup aurat . Ramai orang ( lelaki terkecuali :D ) dah mula berhijab sekarang . Seronok tengok kan . Rasa macam satu kemenangan buat kaum perempuan . Ehem . Dan percaya atau tidak , ramai gadis atau kawan - kawan kat luar sana yang belum berhijab tapi dalam hati Allah sahaja yang tahu macam mana rasa teringinnya , rasa membuak - buak nak ikut salah satu perintah Allah ni .
Kenapa bertangguh ?
Okay , bila niat itu dah ada . Laksanakan segera . Jangan tangguh . Ya , ulang sekali lagi jangan tangguh . Kat sini tak nak lah sentuh isu ajal tak tahu bila , isu macam - macam lagi . Cuma lebih fokuskan kepada berhijab . Pedulikan apa orang kata , ikut kata hati tu . Dah itu perkara baik , cepat -cepat grab rasa tu sebelum rasa tu pergi terbang melayang . Semangat pun hilang nak berhijab . Mungkin sesetengah takut kehilangan apa yang ada sekarang . Takut segalanya berubah . Tapi bila kita berkorban untuk Allah , pasti Allah gantikan perkara yg dikorban dengan jauh yang lebih baik .
Apa yang menghalang
One more thing , and i guess the most important thing , positive vibes , moral support tu sangat penting ! Bila kita nampak kawan ka ahli keluarga ka kita nak berubah arah baik , bagi sokongan dan pujian yang memotivasikan dia bukan mematahkan semangat dia . Ini bila dia dah mula ubah pakaian mula pakai tudung . Pergi cakap pulak dekat kawan " bertudung ni mesti ikut trend artis -artis kan " .
Okay ini memang kisah benar , fyna pernah dengar ada orang cakap macam tu dekat seorang yang baru nak pakai tudung . Just imagine apa dia rasa kan . Amboi kalau ya pun akak tu ikut trend . At least , ok at least trend tu baik , trend tu bagi manfaat . Insyallah akan datang keihklasan dalam hati tu . Jangan berhenti berdoa dan usaha !
Dan satu lagi akan ada si polan - si polan akan berkata " bertudung saja , kalau perangai masih buruk, baik tak payah " . Fyna mula berhijab umur 14 tahun , memang awal BUT belive it or not sepanjang-panjang tahun-tahun yang mula tu tak pernah timbul pun dalam diri . Kenapa aku buat macam ni ? Kerana mak suruh kah ? Sekarang dah hampir 19 tapi mungkin fyna juga masih ada perangai yang tak elok misalnya . Hurm , awak awak sekalian . Bad habit kita ni memang musuh utama . Percayalah walau bulan Ramadhan ni syaitan tiada , tapi nafsu dan habit - habit kita masih ada . Jadi perubahan itu ambil masa dan istiqomah itu perlukan kekuatan .
Habis tu macam mana ni
Ada pepatah cakap , syaitan umpama pengacau (sudu ) kita umpama air kopi di dalam cawan , adakah setelah lama sudu mengacau air dalam cawan tetiba kita mengeluarkan ia , air akan berhenti pusing ? Jawapannya tidak , Air akan terus berpusing . Begitu juga bila Ramadan syaitan tiada , tapi kesannya habit lama atas diri kita ada . Nak didik diri tu susah . jangan putus asa cari redha Allah . ( cakap kat diri sendiri ) . Dan kalu wanita berhijab ada perangainya lebih kurang sama dengan yang tidak . Jangan lupa wanita tu pun manusia . Masakan ada manusia sempurna ? Tapi ini tuntutan Allah , wajib . Awak perangai macam mana pun awak kena buat perkara Dia perintah So , belajar lah . Biar dari merangkak , biar hati tu lama-lama lembut , biar terang mata hati . Insyallah. Go Go Girls Power ! eh tetiba*
Dah bertudung dah , dah cukup ka ?
Jangan cepat selesa . Selalu rasa diri kena lagi perbaiki . Normal lah tu , yang belum berhijab nak berhijab , yang dah berhijab rasa teringin nak bertudung labuh , yang bertudung labuh ada pulak rasa nak berniqab. Kan ? Phases of life . Satu - satu kita ikut . Satu persatu kita naik tangga . But bear this in mind "semua manusia sama sahaja di sisi Dia , yang beza cuma amal ibadah " . So seriously tak perlu kot yang dah bertudung rasa bagus dan pandang rendah kepada yang belum , dan yang belum rasa macam yang dah bertudung buat bagus . Oh please stop . Itu semua tak betul . Kita semua sama . Tolong satu sama sama lain please kaum hawa :)
*******
I hope i'll find lotsa new friends bila sambung study bulan september ni. Harap Dia hantar kawan - kawan yang boleh bawak diri untuk jadi lebih baik . Cakap pasal kawan ini , rindu pulak hampa - hampa semua . Walau di mana anda berada , ingatlah aku dalam doamu . Ewahh . Dah macam lagu . Tapi memang betul pun , doa lah satu talian yang tak akan memutuskan kita dengan orang lain walau kat mana pun kita ada :)
If you find something wrong in my writing or in my intepretation of thought , please please feel free to comment and shout out your opinion directly to me :)
Assamualaikum :)
No comments:
Post a Comment