Tuesday, August 28, 2012

Everything gonna be back to normal :)

Assalamualaikum :)

Amacam Raya ?

Dah habis beraya ka memasing ? Open house banyak ye dak ? Alhamdulilah dapat beraya dengan aman ! Agak terkilan lah tahun ni tak dapat pergi beraya dengan kengkawan . Tissue please* Tahun ni fyna first time sambut 1 Syawal  luar Perlih ( read : perlis ) . Ya ampun touching habis lah pepagi raya . Fyna tak balik kangaq sebab my sister still in confinement . Masih berpantang . So telah sepakat untuk beraya bersama new baby ja kat sini . As long as semua family boleh gather , itu sudah memadai . Lagipun , dekat perlis tok and tokwan dah tak ada . Kampung pun tak ada . So , its okay lah merasa beraya di kl pulak .

Masa pepagi raya tu mama fyna duduk dekat rumah dengan kak and baby . So , fyna p masjid pagi tu dengan abah dan abang - abang . Sensorang jalan pergi tempat solat wanita pagi 1 syawal agak syahdu ya rasanya . Adoih . Sayu ja dengar takbir




 Solat Sunat Aidilfitri . 1 Syawal 1433H


Masjid Wilayah , Jalan Duta . 





Family Potrait . Hehehe  ( tak complete abang sulung tak ada , balik kampung isteri )


Life gonna be back to normal

8 September ( Sabtu ) ni fyna dah masuk belajaq balik :( 
Tolong doakan semuanya baik - baik sahaja ya . Lama nya cuti dari April hari tu . Bayangkan betapa beku dan selow nya otak saya ye kawan-kawan . Akan kembali dengan kehidupan yang busy . ewahh . I'll be in UiTM Shah Alam for the next few years sampai selesai degree . Insyallah ! Dari asasi uitm terus penerapan ke degree , Alhamdulilah , so banyak terhutang budi dengan uitm ni . Ecewah . 

So far preparation cuma dah isi borang dan sedia dokumen yang wajib ja . Bab baju barang memang tak ready apa pun lagi . Tengoklah macam mana . Next week boleh mula la kot agaknya kan . Insyallah emosi kali ni mungkin lebih stabil dari masa first sem dekat merbok dulu . Menangis home sick bagai . hahaha . Kita tengok lah berapa kerap nak balik rumah kali ni . Harap agar tak berlemak sangat eh kali ni , kurangkan sikit manja tu . Hehe .

To all my dearest friends , tak kira di mana anda berada yang bakal daftar 2 September ni or 8 September , yang bakal bermaustatin di Utara atau pun Selatan tanah air . Tak lupa juga yang bakal pergi tanah Borneo ( sabah &sawarak ) . Jaga diri , jaga iman . Be wise . Dont let emotion get over you . Think before you act :)


Moga Dia si pemegang hati tak akan memalingkan hati kita setelah kita diberi hidayah :)

Whoever you are , wherever you go , whatever life gives you . Itu semua milik Dia . You are bound to your Creator . Be grateful :) 




And We have certainly established you upon the earth and made for you therein ways of livelihood. Little are you grateful . [ Al - A'raf : 10 ]

Sesungguhnya Kami telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi itu ( sumber) penghidupan . Amat sedikitlah kamu bersyukur .




Sunday, August 19, 2012

Dendang Perantau .

Assalamualaikum  .

Selamat Tinggal .

Syawal sudah datang bertandang . Ramadhan terpaksa mengundurkan diri . Latihan sebulan  buat semua hamba Allah . Sudah namanya latihan , memang pelbagai cabaran juga terpaksa diharungi . Berbekalkan ketakwaan dan kesabaran . Setiap kesulitan datang bersama kemudahan , Insyallah .
Bulan Ramadhan bulan mulia . Di awalnya keberkatan , pertengahannya pengampunan dosa , penghujungnya pembebasan dari api neraka . Datangnya seperti "ferrari" , laju berlalu kita pun tak sedar .


Pictures below credit : Google .



Raikan kemenangan ?

Syawal yang mungkin lebih sinonim dengan keriangan , kegembiraan . Sejajar dengan tujuannya menyambut kemenangan kita , kemenangan iman dan hati kita . Semoga anugerah takwa yang diperoleh . Namun , hakikat dunia . Tatkala takbir bergema , takala semua berpusu - pusu menunai sunat AildilFitri . Ada di kalangan kita yang hatinya meruntun sedih . Baik yang berada , baik yang kurang kemampuan . Namun , ketahuilah kita bahawa Allah ada bersama kita , Allah dekat dengan kita . Diberinya Ramdhan sebagai hadiah . Maka sambutlah syawal dengan penuh keserhanaan dan kesyukuran . Tak semua yang bernasib baik seperti kita . Maka panjatkanlah syukur mu .



Teruskan perjuangan .

Bayangkan setelah sebulan kita melakukan segala kebaikan , kita menikmati kemanisan beribadah . Apabila masuk sahaja 1 Syawal , sanggupkah kita membiarkan segala pelajaran dan latihan hati kita itu begitu sahaja ? Sanggupkah kita kembali melakukan perkara mengundang kemungkaran Allah . Sama-samalah kita renungkan . Diri sendiri memang yang hina dina ni hanya mahu merperingati sesama kita . Esok pepagi sebagai tanda syukur sekurangnya sarungkan pakaian yang bukan sahaja cantik dan bersih , malah sarungkan pakaian yang Allah suka ( menutup aurat ) dan seangkatan . Hari pertama ,syawal , jaga segala pancaindera , buat seperti mana yang kita dilatih . Jaga mulut , jaga mata , jaga telinga , jaga hati . Di hari pertama syawal mahukah kita dimurkai Allah ? Nauzubillah . Moga kita tak terlayan dek nafsu . Musuh kita yang utama dah get ready awal - awal nak jalankan kerja dia . Kita dah bersediakah mahu lawan ? Fighting ! Fight your nafs !




Benar , dalam hati memang gentar , gentar takut terjatuh , tersadung lagi dengan tipu daya musuh , syaitan .Namun , ingat kembali ketenangan dan kerahmatan yang kita peroleh sepanjang Ramdhan . Kekalkan atmosphera Ramadan itu , sehingga bertemu Ramadan yang seterusnya . Mampukah kita ? Insyallah Segalanya mungkin , usahalah . Sepanjang beberapa bulan akan datang selepas Ramadhan ini memang hati kita akan "injured" . Tapi cari balik ubatnya , bertahan sehingga kita masuk semula ke pusat rawatan dan pemulihan hati ( Ramadan ) tahun depan . Moga Allah beri lagi kita kesempatan . Di dalam berdoa jangan lupa berusaha , masa tidak menunggu kita . Masa kian singkat .




Di malam syawal yang penuh kegembiraan ini , salam lebaran diucapkan kepada semua umat Islam . Ampun maaf andai kata sepanjang penulisan , sepanjang ukhuwah terjalin tidak kira melalui alam maya atau realiti , jika ada salah dan silap . Maka aku mohon kalian menegur disamping memberi kemaafan . Teguran bukan untuk buktikan aku salah , teguran bukan buktikan kau betul . Tapi teguran yang membuatkan aku dan kau jadi muslim yang lebih baik . Sayang kalian semua . Bawalah aku ke jalan Allah . Pimpin tanganku bersama .




Buat pembuka selera , hihi . Saja nak selitakan kepada anda semua . Kuih muih yang baru berjaya dimasukkan ke dalam balang petang tadi . Selamat menjamu mata ;)

Sebahagian kuih yanga ada . Jemput - jemput :)




Antara preparation wajib , Yang hindustan tu erm , haha :D


Assamualaikum !

Till we meet again . Oh ya fyna beraya di "perantaun" tahun ni . Haha . Tak balik Perlis . Lap air mata*




Friday, August 10, 2012

" Teringin nak berhijab tapi .. "

Assamualaikum kengkawan :)
Salam saiyiddul ayyam .

Macam mana misi pencarian "mak cik laila dan pakcik qadar" ? ( pinjam istilah pemilik blog Angel Pakai Gucci ) . Ada baik ka ? fyna pun tengah cuba jaya lagi berjaga malam . masih dalam proses memarah diri asyik malas dan bertangguh .

Sebelum nak terus biarkan jari - jari ni menari di atas keyboard , to make it clear . Post ini untuk semua kawan-kawan perempuan kat luar sana . Fyna bukan sini nak cuba ajar hampa ka jauh sekali nak tunjuk pandai . Cuba nak bagi pendapat berdasarkan beberapa pengalaman yang dikutip sepanjang hayat di kandung badan . Ewahh . Tahu la fyna muda lagi kan . Hehe .









Ramai yang teringin berhijab 

Okay tak nak cerita panjang - panjang nak terus straight to the point . Isu berhijab , bertudung atau lebih terperincinya menutup aurat  . Ramai orang ( lelaki terkecuali :D ) dah mula berhijab sekarang . Seronok tengok kan . Rasa macam satu kemenangan buat kaum perempuan . Ehem . Dan percaya atau tidak , ramai gadis atau kawan - kawan kat luar sana yang belum berhijab tapi dalam hati Allah sahaja yang tahu macam mana rasa teringinnya , rasa membuak - buak nak ikut salah satu perintah Allah ni .

Kenapa bertangguh ?

Okay , bila niat itu dah ada . Laksanakan segera . Jangan tangguh . Ya , ulang sekali lagi jangan tangguh . Kat sini tak nak lah sentuh isu ajal tak tahu bila , isu macam - macam lagi . Cuma lebih fokuskan kepada berhijab . Pedulikan apa orang kata , ikut kata hati tu . Dah itu perkara baik , cepat -cepat grab rasa tu sebelum rasa tu pergi terbang melayang . Semangat pun hilang nak berhijab . Mungkin sesetengah takut kehilangan apa yang ada sekarang . Takut segalanya berubah . Tapi bila kita berkorban untuk Allah , pasti Allah gantikan perkara yg dikorban dengan jauh yang lebih baik .

Apa yang menghalang 

 One more thing , and i guess the most important thing , positive vibes , moral support tu sangat penting ! Bila kita nampak kawan ka ahli keluarga ka kita nak berubah arah baik , bagi sokongan dan pujian yang memotivasikan dia bukan mematahkan semangat dia . Ini bila dia dah mula ubah pakaian mula pakai tudung . Pergi cakap pulak dekat kawan " bertudung ni mesti ikut trend artis -artis kan " .
Okay ini memang kisah benar , fyna pernah dengar ada orang cakap macam tu dekat seorang yang baru nak pakai tudung . Just imagine apa dia rasa kan . Amboi kalau ya pun akak tu ikut trend . At least , ok at least trend tu baik , trend tu bagi manfaat . Insyallah akan datang keihklasan dalam hati tu . Jangan berhenti berdoa dan usaha !

Dan satu lagi akan ada si polan - si polan akan berkata " bertudung saja , kalau perangai masih buruk, baik tak payah " . Fyna mula berhijab umur 14 tahun , memang awal BUT belive it or not sepanjang-panjang tahun-tahun yang mula tu tak pernah timbul pun dalam diri . Kenapa aku buat macam ni ? Kerana mak suruh kah ? Sekarang dah hampir 19 tapi mungkin fyna juga masih ada perangai yang tak elok misalnya . Hurm , awak awak sekalian . Bad habit kita ni memang musuh utama . Percayalah walau bulan Ramadhan ni syaitan tiada , tapi nafsu dan habit - habit kita masih ada . Jadi perubahan itu ambil masa dan istiqomah itu perlukan kekuatan . 

Habis tu macam mana ni 

Ada pepatah cakap , syaitan umpama pengacau (sudu ) kita umpama air kopi di dalam cawan , adakah setelah lama sudu mengacau air dalam cawan tetiba kita mengeluarkan ia , air akan berhenti pusing ? Jawapannya tidak , Air akan terus berpusing . Begitu juga bila Ramadan syaitan tiada , tapi kesannya habit lama atas diri kita ada . Nak didik diri tu susah . jangan putus asa cari redha Allah . ( cakap kat diri sendiri ) . Dan kalu wanita berhijab ada perangainya lebih kurang sama dengan yang tidak . Jangan lupa wanita tu pun manusia . Masakan ada manusia sempurna ? Tapi ini tuntutan Allah , wajib . Awak perangai macam mana pun awak kena buat perkara Dia perintah So , belajar lah . Biar dari merangkak , biar hati tu lama-lama lembut , biar terang mata hati . Insyallah. Go Go Girls Power ! eh tetiba*


Dah bertudung dah , dah cukup ka ?

Jangan cepat selesa . Selalu rasa diri kena lagi perbaiki . Normal lah tu , yang belum berhijab nak berhijab , yang dah berhijab rasa teringin nak bertudung labuh , yang bertudung labuh ada pulak rasa nak berniqab. Kan ? Phases of life . Satu - satu kita ikut . Satu persatu kita naik tangga . But bear this in mind "semua manusia sama sahaja di sisi Dia , yang beza cuma amal ibadah " . So seriously tak perlu kot yang dah bertudung rasa bagus dan pandang rendah kepada yang belum , dan yang belum rasa macam yang dah bertudung buat bagus . Oh please stop . Itu semua tak betul . Kita semua sama . Tolong satu sama sama lain please kaum hawa :)

*******

Sebenarnya perkara ni berlaku bukan setakat dalm isu nak berhijab tapi banyak lagi isu lain . Even me myself have share the same situation . Orang sekarang ni mungkin banyak sangat yang fikiran negatif . Something for me and you to change i guess . Berfikiran lebih positif . Dan juga amalkan HUSNUZON ( bersangka baik ) tak kira lah dengan Allah atau orang sekeliling .

I hope i'll find lotsa new friends bila sambung study bulan september ni. Harap Dia hantar kawan - kawan yang boleh bawak diri untuk jadi lebih baik . Cakap pasal kawan ini , rindu pulak hampa - hampa semua . Walau di mana anda berada , ingatlah aku dalam doamu . Ewahh . Dah macam lagu . Tapi memang betul pun , doa lah satu talian yang tak akan memutuskan kita dengan orang lain walau kat mana pun kita ada :)

If you find something wrong in my writing or in my intepretation of thought , please please feel free to comment and shout out your opinion directly to me :)

Assamualaikum :)




- Selamat Berhijab lillahi taala -

Wednesday, August 8, 2012

Its a Boy . Syukran ya Allah .

Assamualaikum semua ! and hye ;)

Masyallah , tinggal beberapa hari ja lagi . Tak lama dah 10 malam terakhir . Masing - masing gerenti nak rebut malam lailatul qadar kan ? Insyallah sesama lah kita cari . Harap makin ke hujung ni makin bersemngat lah ya , bukan semakin layu semangat , dan jatuh bagai daun kering di tanah gersang . amboi methaphore fyna oi . As reminder to myself jugak , Ramadhan hanya sebulan . Training Centre buat kita . Moga bila dah graduate nanti dapat pratikkan apa yang cuba dilatih sepanjang "training" ni .

Okay , back to the main topic . ITS A BOY ! Alhamdulillah ,




Hari mulia , bulan baik . masa hari nuzul Quran , my sister selamat deliver baby boy . Syukur sangat , hari baik bulan baik dapat ahli keluarga baru ;)  Actually dia expect deliver tu hari Rabu , which is hari ni kan . Tetapi baby dah tak sabar nak jumpa maksu dia gamaknya . kikiki . Nak dijadikan cerita , hari Ahad lepas kan ada final game badminton . Malam tu memang satu rumah dah kumpul depan tv bersorak bagai dah . Fyna dah cakap kat kak , and btw i called her Ayie . Sudah cakap , eh " jangan lah jerit sorak sangat , kang terberanak malam ni kang tak pasal dah kena letak nama anak sempena nama chong wei " Haha . Tak sangka pulak la mulut ni masinnnn seperti ikan masin .

Dalam pukul 4 pagi macam tu , ayie dah rasa sakit and her husband terus bawak pergi hospital . Mama gerak fyna , cakap kena sahur awal sebab mama nak kena pergi hospital . Adoi , terpaksa bangun pukul 4 pagi sahur . Selalu sahur pukul 5 lebih baru makan . Hehe . Lebih lewatkan lebih baik . Hihihihi . And Alhamdulilah , kalau tak silap dalam dekat pukul 10pagi baby dah selamat datang ke duniaaaa ni ! welcome baby ! Buat yang tertanya nama budak comei ni . for now we only called him baby muhammad . Full name belum diberi oleh ayah and mama dia lagi . Suspen betul ni .



3.1 kg 
6 August 2012
17 Ramadan 1433


Before discharged petang semalam ;) Cuba cari mana sayaaa . Hehe



So sekarang ni officially Abah and mama dah ada 2 orang cucu . Both are boys . Memang havoc habis lah bebudak dua orang ni nanti . Rumah ni memang meriah lah sekarang . Sorang lagi sayang maksu ni ha , buchuk buchuk demok Rayyan Mikail . My brother's son . Hurm terasa tua jugak bila dah ada dua anak sedara ni . Nasib anak bongsu . Ok la tu . Kan kan . Hehe .  Sementara fyna nak sambung study pulak bulan September ni memang dah jadi babysitter dari mula cuti lagi ni sebenarnya tapi si baby Muhammad ni kecik sangat lah . tak berani nak pegang . Kalau demok demok Rayyan Mikali ni ok lah . Hehe . 


Haha , tumpang dah bercerita pasal Rayyan Mikail , nak share photos of him  ;) Sepanjang cuti ni dia lah penawar duka . Betula la tu bila orang cakap nak instantly happy ? Cuba tengok baby ! confirm akan senyum . Nak tau sebab apa ? Sebab baby ni Ahli syurga , suci dari dosa .  Bila kita tengok depa hati akan tenang ;) 

 Berenang renang sambil melabur . Buchukk !

Bersila dengan tok abah dalam SOGO .

Over excited dapat hamper Raya .


Now dia tengah tidur atas katil fyna, so curik curik masa update blog . Haha . i guess itu ja lah berita gembira yang nak dikongsikan untuk hari ni . So pesanan terakhir before berundur . ewahh .

Jaga Iman , Jaga Hati . Al - Quran biar dekat di sanubari . Zikir dan selawat jangan lupa . Solat biar mantoppp dan berkualiti  ( hurm nasihat diri sendiri dan jugak semua )


Selamat Berbuka semua ! 

Assamualaikum ;)