Monday, May 21, 2012

Rindu #1

" rindu kalau lebih sangat sangat silap silap boleh bawak koma ,
 haa jaga - jaga , koma dalam dunia kau dan dia " 
Fyna Shahruddin .

Assamualaikum , hye uolsss ! 

Okay sebelum apa - apa , wa nak cakap sebenarnya wa sedih jugak followers wa masih di takuk lama . Tapi bila fikir - fikir balik apa tujuan asal wa buat blog ? satu medium ekspresi diri , satu platform wa nak lepaskan rasa , pendapat etc . So who cares about how many followers do you have ? Its about self satisfaction . True true true .

Rindu ?  Definisi rindu luas . luas lah kalau bagi wa .

Bagi wa rindu adalah apabila kau malas nak bangun pagi , sebab kau sedar yang kau rindu tak akan teman kau untuk jalani hari - hari kau akan datang .

Bagi wa rindu adalah apabila kau rasa alangkah indahnya kalau kau ada sayap nak terbang , terbang jauh pergi tempat hanya ada kau dan orang - orang kau rindu .

Bagi wa rindu adalah apabila kau rasa kosong , kau rasa sunyi walaupun sebenarnya ramai orang sekeliling kau , kau tetap rasa sunyi , kosong .

Bagi wa rindu adalah apabila kau asyik tekan replay lagu - lagu yang kau rasa dekat , kau rasa semua lagu adalah untuk kau .

Bagi wa rindu adalah kau rasa dia ada memerhati setiap gerak geri kau , kau rasa dia ada dalam diri kau ,kau rasa dia ada .

Bagi wa rindu adalah satu perasaan yang boleh buat kau rasa lemah dan kuat , kau lemah untuk teruskan segalanya tapi dalam masa yang sama kau rasa kau harus kuat kuat untuk teruskan hidup agar suatu masa bila kau bertemu dengan apa yang kau rindu itu , ia tahu kau masih kuat menunggu dia . ( apa aku mengarut ni ? haha )

Macam wa cakap , rindu ini luas . Kau rindu ibu yang pergi tinggalkan kau ? Kau rindu kawan yang kini jauh beribu batu  ? Kau rindu keksih yang setiap hari kau luangkan masa bersama ? Kau rindu keamanan yang entah kita juga yang rampas ? Kau rindu kedamaian yang kian pupus ? Kau rindu nak dambakan DIA yang satu ?

Rindu , kalau kau rindu sesuatu yang indah ? ada ka rindukan yang tak indah ?  Jangan kau menangis , cuba kau senyum kenangkan segala yang manis itu , jangan menangis kerna ia sudah berlalu , senyumlah kau kerana ia berlaku :)

Whatever it is , segala yang kita lakukan haruslah beserderhana . Islam mementingkan kesederhanaan dalam apa jua keadaan . Apa sahaja yang kita buat , jangan lupa siapa bagi kita perasaan rindu ? Siapa yang bagi kita nikmat ini ? Kalau itu kau lupa , memang makan diri .

Berakhir setakat ini Rindu #1 . ada masa , ada ketika , selagi bernafas , insyallah akan bersambung . 

Jangan lupa kirimkan DOA , buat apa sahaja yang kau rindu . Doa itu senjata kita , kalau kau tak mintak , macam mana Dia nak beri . 

Yang merindu ,
Syarafina .






p/s ; weh weh , wa rindu lagu hindustan zaman 90's . serius . the music was so different in this millenium era , rindu rindu . haha .


7 comments:

  1. alololo ni mesti rindu hafiz. awwwwwww :3

    ReplyDelete
  2. woi , general kot . general . hahahaha . aku rindu macam - macam . seriously . haha

    ReplyDelete
  3. haha. awww awww. rindu aku tak? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi mau tanya... dah sah2 jawapan dia DAK! hahaha

      Delete
    2. aihhhh rindu aku lettew reply comment aku. haha

      Delete
  4. amboi , aku rindu hampa semuaaaaa kot ;') sob sob sob

    ReplyDelete
  5. rindu...satu perasaan yang membuatkan kita sentiasa ingatkan orang yg kita sayang...

    =)

    ReplyDelete