Sunday, November 18, 2012

Rumah kita ,

Rumah kita ,
langitnya selalu cerah .
Rumah kita ,
warna-warna masih menyerlah .

Rumah kita ,
bangun pagi penuh berseri.
Rumah kita ,
tidur malam hanyut sepi.


Rumah kita oh rumah kita ,
masih punya tiang , masih punya bumbung , masih punya lantai , masih punya penghuni.

Rumah mereka ,
tidak lagi punya warna .
Rumah mereka ,
malam siang bagaikan tiada beda.

Rumah mereka ,
kanak-kanak , wanita , tua muda siap siaga menjaga .
Rumah mereka ,
tak indah seperti kita .

Rumah kita , penuh mewah .
Rumah mereka , penuh darah .
Beruntungkah kita , rugikah mereka?

Oh wahai rumahku

Ketahuilah , Sang Pentadbir bersama mereka .
Ketahuilah , Sang Pencinta melihat mereka.

Dan ..
Ketahuilah , Maha Agung Maha kuasa penolong kita semua .
Ketahuilah jua , Maha Esa bersama kita semua .
Dia mendengar apa yang kita luah dan apa yang kita simpan .
Dia melihat apa yang kita tunjukkan dan apa yang kita sembunyikan .

Bila mana Dia menyoal kita nanti ,
Apakah wajar dengan menjawab ,

Rumah Mereka bukan Rumah Aku .


credit [ google ]

************

Teringat kisah teladan ,

Burung Pipit yang masih tidak putus asa mencurah air ke atas api yang membakar Nabi Ibrahim a.s . Walau paruhnya kecil , namun dia berulang-ulang kali mencurahkan air .

" Mengapa kamu bersusah - payah ulang alik mengambil air dengan paruh kecilmu sedangkan ia sudah pasti tidak dapat memadamkan api yang besar itu"

"Walaupun aku tidak berdaya melawan api yang besar , namun aku mesti berusaha menegakkan kebenaran sebagaimana kemampuan yang terdaya olehku , kerana di hadapan Allah nanti jika disoal apa yang aku lakukan apabila melihat kezaliman berlaku di depan mata , sekurangnya aku sudah berusaha"

************

Surah Ghafir , Ayat 60 [40:60]
...وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

"Dan Tuhanmu berfirman Berdo'alah kepadaKu, Nescaya akanKu perkenankan kepadamu."


Wahai seluruh isi Rumahku
Buatlah sedaya yang kamu mampu , 
Berusahalah sehingga tiada lagi esok ,
Rumah mereka itu Rumah kita .




Tuesday, August 28, 2012

Everything gonna be back to normal :)

Assalamualaikum :)

Amacam Raya ?

Dah habis beraya ka memasing ? Open house banyak ye dak ? Alhamdulilah dapat beraya dengan aman ! Agak terkilan lah tahun ni tak dapat pergi beraya dengan kengkawan . Tissue please* Tahun ni fyna first time sambut 1 Syawal  luar Perlih ( read : perlis ) . Ya ampun touching habis lah pepagi raya . Fyna tak balik kangaq sebab my sister still in confinement . Masih berpantang . So telah sepakat untuk beraya bersama new baby ja kat sini . As long as semua family boleh gather , itu sudah memadai . Lagipun , dekat perlis tok and tokwan dah tak ada . Kampung pun tak ada . So , its okay lah merasa beraya di kl pulak .

Masa pepagi raya tu mama fyna duduk dekat rumah dengan kak and baby . So , fyna p masjid pagi tu dengan abah dan abang - abang . Sensorang jalan pergi tempat solat wanita pagi 1 syawal agak syahdu ya rasanya . Adoih . Sayu ja dengar takbir




 Solat Sunat Aidilfitri . 1 Syawal 1433H


Masjid Wilayah , Jalan Duta . 





Family Potrait . Hehehe  ( tak complete abang sulung tak ada , balik kampung isteri )


Life gonna be back to normal

8 September ( Sabtu ) ni fyna dah masuk belajaq balik :( 
Tolong doakan semuanya baik - baik sahaja ya . Lama nya cuti dari April hari tu . Bayangkan betapa beku dan selow nya otak saya ye kawan-kawan . Akan kembali dengan kehidupan yang busy . ewahh . I'll be in UiTM Shah Alam for the next few years sampai selesai degree . Insyallah ! Dari asasi uitm terus penerapan ke degree , Alhamdulilah , so banyak terhutang budi dengan uitm ni . Ecewah . 

So far preparation cuma dah isi borang dan sedia dokumen yang wajib ja . Bab baju barang memang tak ready apa pun lagi . Tengoklah macam mana . Next week boleh mula la kot agaknya kan . Insyallah emosi kali ni mungkin lebih stabil dari masa first sem dekat merbok dulu . Menangis home sick bagai . hahaha . Kita tengok lah berapa kerap nak balik rumah kali ni . Harap agar tak berlemak sangat eh kali ni , kurangkan sikit manja tu . Hehe .

To all my dearest friends , tak kira di mana anda berada yang bakal daftar 2 September ni or 8 September , yang bakal bermaustatin di Utara atau pun Selatan tanah air . Tak lupa juga yang bakal pergi tanah Borneo ( sabah &sawarak ) . Jaga diri , jaga iman . Be wise . Dont let emotion get over you . Think before you act :)


Moga Dia si pemegang hati tak akan memalingkan hati kita setelah kita diberi hidayah :)

Whoever you are , wherever you go , whatever life gives you . Itu semua milik Dia . You are bound to your Creator . Be grateful :) 




And We have certainly established you upon the earth and made for you therein ways of livelihood. Little are you grateful . [ Al - A'raf : 10 ]

Sesungguhnya Kami telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi itu ( sumber) penghidupan . Amat sedikitlah kamu bersyukur .




Sunday, August 19, 2012

Dendang Perantau .

Assalamualaikum  .

Selamat Tinggal .

Syawal sudah datang bertandang . Ramadhan terpaksa mengundurkan diri . Latihan sebulan  buat semua hamba Allah . Sudah namanya latihan , memang pelbagai cabaran juga terpaksa diharungi . Berbekalkan ketakwaan dan kesabaran . Setiap kesulitan datang bersama kemudahan , Insyallah .
Bulan Ramadhan bulan mulia . Di awalnya keberkatan , pertengahannya pengampunan dosa , penghujungnya pembebasan dari api neraka . Datangnya seperti "ferrari" , laju berlalu kita pun tak sedar .


Pictures below credit : Google .



Raikan kemenangan ?

Syawal yang mungkin lebih sinonim dengan keriangan , kegembiraan . Sejajar dengan tujuannya menyambut kemenangan kita , kemenangan iman dan hati kita . Semoga anugerah takwa yang diperoleh . Namun , hakikat dunia . Tatkala takbir bergema , takala semua berpusu - pusu menunai sunat AildilFitri . Ada di kalangan kita yang hatinya meruntun sedih . Baik yang berada , baik yang kurang kemampuan . Namun , ketahuilah kita bahawa Allah ada bersama kita , Allah dekat dengan kita . Diberinya Ramdhan sebagai hadiah . Maka sambutlah syawal dengan penuh keserhanaan dan kesyukuran . Tak semua yang bernasib baik seperti kita . Maka panjatkanlah syukur mu .



Teruskan perjuangan .

Bayangkan setelah sebulan kita melakukan segala kebaikan , kita menikmati kemanisan beribadah . Apabila masuk sahaja 1 Syawal , sanggupkah kita membiarkan segala pelajaran dan latihan hati kita itu begitu sahaja ? Sanggupkah kita kembali melakukan perkara mengundang kemungkaran Allah . Sama-samalah kita renungkan . Diri sendiri memang yang hina dina ni hanya mahu merperingati sesama kita . Esok pepagi sebagai tanda syukur sekurangnya sarungkan pakaian yang bukan sahaja cantik dan bersih , malah sarungkan pakaian yang Allah suka ( menutup aurat ) dan seangkatan . Hari pertama ,syawal , jaga segala pancaindera , buat seperti mana yang kita dilatih . Jaga mulut , jaga mata , jaga telinga , jaga hati . Di hari pertama syawal mahukah kita dimurkai Allah ? Nauzubillah . Moga kita tak terlayan dek nafsu . Musuh kita yang utama dah get ready awal - awal nak jalankan kerja dia . Kita dah bersediakah mahu lawan ? Fighting ! Fight your nafs !




Benar , dalam hati memang gentar , gentar takut terjatuh , tersadung lagi dengan tipu daya musuh , syaitan .Namun , ingat kembali ketenangan dan kerahmatan yang kita peroleh sepanjang Ramdhan . Kekalkan atmosphera Ramadan itu , sehingga bertemu Ramadan yang seterusnya . Mampukah kita ? Insyallah Segalanya mungkin , usahalah . Sepanjang beberapa bulan akan datang selepas Ramadhan ini memang hati kita akan "injured" . Tapi cari balik ubatnya , bertahan sehingga kita masuk semula ke pusat rawatan dan pemulihan hati ( Ramadan ) tahun depan . Moga Allah beri lagi kita kesempatan . Di dalam berdoa jangan lupa berusaha , masa tidak menunggu kita . Masa kian singkat .




Di malam syawal yang penuh kegembiraan ini , salam lebaran diucapkan kepada semua umat Islam . Ampun maaf andai kata sepanjang penulisan , sepanjang ukhuwah terjalin tidak kira melalui alam maya atau realiti , jika ada salah dan silap . Maka aku mohon kalian menegur disamping memberi kemaafan . Teguran bukan untuk buktikan aku salah , teguran bukan buktikan kau betul . Tapi teguran yang membuatkan aku dan kau jadi muslim yang lebih baik . Sayang kalian semua . Bawalah aku ke jalan Allah . Pimpin tanganku bersama .




Buat pembuka selera , hihi . Saja nak selitakan kepada anda semua . Kuih muih yang baru berjaya dimasukkan ke dalam balang petang tadi . Selamat menjamu mata ;)

Sebahagian kuih yanga ada . Jemput - jemput :)




Antara preparation wajib , Yang hindustan tu erm , haha :D


Assamualaikum !

Till we meet again . Oh ya fyna beraya di "perantaun" tahun ni . Haha . Tak balik Perlis . Lap air mata*




Friday, August 10, 2012

" Teringin nak berhijab tapi .. "

Assamualaikum kengkawan :)
Salam saiyiddul ayyam .

Macam mana misi pencarian "mak cik laila dan pakcik qadar" ? ( pinjam istilah pemilik blog Angel Pakai Gucci ) . Ada baik ka ? fyna pun tengah cuba jaya lagi berjaga malam . masih dalam proses memarah diri asyik malas dan bertangguh .

Sebelum nak terus biarkan jari - jari ni menari di atas keyboard , to make it clear . Post ini untuk semua kawan-kawan perempuan kat luar sana . Fyna bukan sini nak cuba ajar hampa ka jauh sekali nak tunjuk pandai . Cuba nak bagi pendapat berdasarkan beberapa pengalaman yang dikutip sepanjang hayat di kandung badan . Ewahh . Tahu la fyna muda lagi kan . Hehe .









Ramai yang teringin berhijab 

Okay tak nak cerita panjang - panjang nak terus straight to the point . Isu berhijab , bertudung atau lebih terperincinya menutup aurat  . Ramai orang ( lelaki terkecuali :D ) dah mula berhijab sekarang . Seronok tengok kan . Rasa macam satu kemenangan buat kaum perempuan . Ehem . Dan percaya atau tidak , ramai gadis atau kawan - kawan kat luar sana yang belum berhijab tapi dalam hati Allah sahaja yang tahu macam mana rasa teringinnya , rasa membuak - buak nak ikut salah satu perintah Allah ni .

Kenapa bertangguh ?

Okay , bila niat itu dah ada . Laksanakan segera . Jangan tangguh . Ya , ulang sekali lagi jangan tangguh . Kat sini tak nak lah sentuh isu ajal tak tahu bila , isu macam - macam lagi . Cuma lebih fokuskan kepada berhijab . Pedulikan apa orang kata , ikut kata hati tu . Dah itu perkara baik , cepat -cepat grab rasa tu sebelum rasa tu pergi terbang melayang . Semangat pun hilang nak berhijab . Mungkin sesetengah takut kehilangan apa yang ada sekarang . Takut segalanya berubah . Tapi bila kita berkorban untuk Allah , pasti Allah gantikan perkara yg dikorban dengan jauh yang lebih baik .

Apa yang menghalang 

 One more thing , and i guess the most important thing , positive vibes , moral support tu sangat penting ! Bila kita nampak kawan ka ahli keluarga ka kita nak berubah arah baik , bagi sokongan dan pujian yang memotivasikan dia bukan mematahkan semangat dia . Ini bila dia dah mula ubah pakaian mula pakai tudung . Pergi cakap pulak dekat kawan " bertudung ni mesti ikut trend artis -artis kan " .
Okay ini memang kisah benar , fyna pernah dengar ada orang cakap macam tu dekat seorang yang baru nak pakai tudung . Just imagine apa dia rasa kan . Amboi kalau ya pun akak tu ikut trend . At least , ok at least trend tu baik , trend tu bagi manfaat . Insyallah akan datang keihklasan dalam hati tu . Jangan berhenti berdoa dan usaha !

Dan satu lagi akan ada si polan - si polan akan berkata " bertudung saja , kalau perangai masih buruk, baik tak payah " . Fyna mula berhijab umur 14 tahun , memang awal BUT belive it or not sepanjang-panjang tahun-tahun yang mula tu tak pernah timbul pun dalam diri . Kenapa aku buat macam ni ? Kerana mak suruh kah ? Sekarang dah hampir 19 tapi mungkin fyna juga masih ada perangai yang tak elok misalnya . Hurm , awak awak sekalian . Bad habit kita ni memang musuh utama . Percayalah walau bulan Ramadhan ni syaitan tiada , tapi nafsu dan habit - habit kita masih ada . Jadi perubahan itu ambil masa dan istiqomah itu perlukan kekuatan . 

Habis tu macam mana ni 

Ada pepatah cakap , syaitan umpama pengacau (sudu ) kita umpama air kopi di dalam cawan , adakah setelah lama sudu mengacau air dalam cawan tetiba kita mengeluarkan ia , air akan berhenti pusing ? Jawapannya tidak , Air akan terus berpusing . Begitu juga bila Ramadan syaitan tiada , tapi kesannya habit lama atas diri kita ada . Nak didik diri tu susah . jangan putus asa cari redha Allah . ( cakap kat diri sendiri ) . Dan kalu wanita berhijab ada perangainya lebih kurang sama dengan yang tidak . Jangan lupa wanita tu pun manusia . Masakan ada manusia sempurna ? Tapi ini tuntutan Allah , wajib . Awak perangai macam mana pun awak kena buat perkara Dia perintah So , belajar lah . Biar dari merangkak , biar hati tu lama-lama lembut , biar terang mata hati . Insyallah. Go Go Girls Power ! eh tetiba*


Dah bertudung dah , dah cukup ka ?

Jangan cepat selesa . Selalu rasa diri kena lagi perbaiki . Normal lah tu , yang belum berhijab nak berhijab , yang dah berhijab rasa teringin nak bertudung labuh , yang bertudung labuh ada pulak rasa nak berniqab. Kan ? Phases of life . Satu - satu kita ikut . Satu persatu kita naik tangga . But bear this in mind "semua manusia sama sahaja di sisi Dia , yang beza cuma amal ibadah " . So seriously tak perlu kot yang dah bertudung rasa bagus dan pandang rendah kepada yang belum , dan yang belum rasa macam yang dah bertudung buat bagus . Oh please stop . Itu semua tak betul . Kita semua sama . Tolong satu sama sama lain please kaum hawa :)

*******

Sebenarnya perkara ni berlaku bukan setakat dalm isu nak berhijab tapi banyak lagi isu lain . Even me myself have share the same situation . Orang sekarang ni mungkin banyak sangat yang fikiran negatif . Something for me and you to change i guess . Berfikiran lebih positif . Dan juga amalkan HUSNUZON ( bersangka baik ) tak kira lah dengan Allah atau orang sekeliling .

I hope i'll find lotsa new friends bila sambung study bulan september ni. Harap Dia hantar kawan - kawan yang boleh bawak diri untuk jadi lebih baik . Cakap pasal kawan ini , rindu pulak hampa - hampa semua . Walau di mana anda berada , ingatlah aku dalam doamu . Ewahh . Dah macam lagu . Tapi memang betul pun , doa lah satu talian yang tak akan memutuskan kita dengan orang lain walau kat mana pun kita ada :)

If you find something wrong in my writing or in my intepretation of thought , please please feel free to comment and shout out your opinion directly to me :)

Assamualaikum :)




- Selamat Berhijab lillahi taala -

Wednesday, August 8, 2012

Its a Boy . Syukran ya Allah .

Assamualaikum semua ! and hye ;)

Masyallah , tinggal beberapa hari ja lagi . Tak lama dah 10 malam terakhir . Masing - masing gerenti nak rebut malam lailatul qadar kan ? Insyallah sesama lah kita cari . Harap makin ke hujung ni makin bersemngat lah ya , bukan semakin layu semangat , dan jatuh bagai daun kering di tanah gersang . amboi methaphore fyna oi . As reminder to myself jugak , Ramadhan hanya sebulan . Training Centre buat kita . Moga bila dah graduate nanti dapat pratikkan apa yang cuba dilatih sepanjang "training" ni .

Okay , back to the main topic . ITS A BOY ! Alhamdulillah ,




Hari mulia , bulan baik . masa hari nuzul Quran , my sister selamat deliver baby boy . Syukur sangat , hari baik bulan baik dapat ahli keluarga baru ;)  Actually dia expect deliver tu hari Rabu , which is hari ni kan . Tetapi baby dah tak sabar nak jumpa maksu dia gamaknya . kikiki . Nak dijadikan cerita , hari Ahad lepas kan ada final game badminton . Malam tu memang satu rumah dah kumpul depan tv bersorak bagai dah . Fyna dah cakap kat kak , and btw i called her Ayie . Sudah cakap , eh " jangan lah jerit sorak sangat , kang terberanak malam ni kang tak pasal dah kena letak nama anak sempena nama chong wei " Haha . Tak sangka pulak la mulut ni masinnnn seperti ikan masin .

Dalam pukul 4 pagi macam tu , ayie dah rasa sakit and her husband terus bawak pergi hospital . Mama gerak fyna , cakap kena sahur awal sebab mama nak kena pergi hospital . Adoi , terpaksa bangun pukul 4 pagi sahur . Selalu sahur pukul 5 lebih baru makan . Hehe . Lebih lewatkan lebih baik . Hihihihi . And Alhamdulilah , kalau tak silap dalam dekat pukul 10pagi baby dah selamat datang ke duniaaaa ni ! welcome baby ! Buat yang tertanya nama budak comei ni . for now we only called him baby muhammad . Full name belum diberi oleh ayah and mama dia lagi . Suspen betul ni .



3.1 kg 
6 August 2012
17 Ramadan 1433


Before discharged petang semalam ;) Cuba cari mana sayaaa . Hehe



So sekarang ni officially Abah and mama dah ada 2 orang cucu . Both are boys . Memang havoc habis lah bebudak dua orang ni nanti . Rumah ni memang meriah lah sekarang . Sorang lagi sayang maksu ni ha , buchuk buchuk demok Rayyan Mikail . My brother's son . Hurm terasa tua jugak bila dah ada dua anak sedara ni . Nasib anak bongsu . Ok la tu . Kan kan . Hehe .  Sementara fyna nak sambung study pulak bulan September ni memang dah jadi babysitter dari mula cuti lagi ni sebenarnya tapi si baby Muhammad ni kecik sangat lah . tak berani nak pegang . Kalau demok demok Rayyan Mikali ni ok lah . Hehe . 


Haha , tumpang dah bercerita pasal Rayyan Mikail , nak share photos of him  ;) Sepanjang cuti ni dia lah penawar duka . Betula la tu bila orang cakap nak instantly happy ? Cuba tengok baby ! confirm akan senyum . Nak tau sebab apa ? Sebab baby ni Ahli syurga , suci dari dosa .  Bila kita tengok depa hati akan tenang ;) 

 Berenang renang sambil melabur . Buchukk !

Bersila dengan tok abah dalam SOGO .

Over excited dapat hamper Raya .


Now dia tengah tidur atas katil fyna, so curik curik masa update blog . Haha . i guess itu ja lah berita gembira yang nak dikongsikan untuk hari ni . So pesanan terakhir before berundur . ewahh .

Jaga Iman , Jaga Hati . Al - Quran biar dekat di sanubari . Zikir dan selawat jangan lupa . Solat biar mantoppp dan berkualiti  ( hurm nasihat diri sendiri dan jugak semua )


Selamat Berbuka semua ! 

Assamualaikum ;)

Wednesday, July 25, 2012

Ramadhan itu sebuah hadiah .

Assamualaikum semua !

Hows your ramadan so far ? :) Cepatnya rasa masa berlalu , esok dah nak masuk 5 Ramadan . 
And sebenarnya , fyna nak share satu video dari brother NAK ( Nouman Ali Khan ) , entitled Ramdan a gift for muslim . Bila dengar apa dia cakap , segala hujah dan benda yang dia bagitau . Pandangan kita terhadap bulan yang memang boleh dianggap sebagai hadiah dari Allah buat kita , pandangan kita mungkin akan lebih dalam lebih hayati dan hargai ramadan tu . So , jom la dengaq . Kalau yang dah pernah dengar dah tu bagos sangat. Sepatutnya fyna dengar ceramah ni masa bulan syaaban ka rejab ka , tapi takpa masih belum terlambat , Insyallah . Jangan biarkan Ramadan berlalu macam tu sahaja . Ramadan ini hadiah , hadiah buat kita . 





So , fyna ada buat some short note lah dari apa yang dia sampaikan kat sini . Dia mulakan dengan bercerita tentang Surah Al - Baqarah. Dalam Al - Baqarah ni lah ada disebutkan atau Allah mention kan kat kita pasal berpuasa which is in ayat 183 , dan keterangan atau huraian dalam ayat 184 & 185 . Btw teringin sangat nak belajar jauh - jauh ( pi middle east ka ) , nak belajar pasal Al-Quran , tau makna di sebalik ayat - ayat diturunkan , sebab ayat dia ada maksud tersurat tersirat yang kadang - kadang fyna tak paham . What a waste kalau sepanjang hidup ni tak berpeluang tau sebenar-benarnya cerita apa dalam Quran ni , nak tau apa kandungan "surat cinta" Allah bagi kat kita  . Haa insyallah one fine day hurm kalau ada rezeki . And btw kalau ada mana-mana silap dalam short note ni sila tegur lah :) 

  • In Surah Al - Baqarah , its been divided into two conversation . the first one is about the Jews / Israeli and with their fundamental mistakes . The second one is about the new generation ( us ) , new ummah after the revealation of Al - Quran .
  • What makes us different from the previous nation ? Al - Quran made us a separated nation . Our capital is Makkah , and our constittution is Quran . Unlike the previous one is Jurusalem . p/s ; part ni best dengar penjelasan brother NAK pasal jews tentang pasal pengubahan kiblat . Nak lebih seronok kena dengar video dia :) 
  • The first thing as we all know the month of Ramadan is when the Al - Quran came down . So , Ramadan ( the whole 30 days ) is a celebration of us being new ummah . It is recognition that when the previous nation cannot fulfill the responsibility than this this nation will . 
  • In this particular month ( Ramadan ) we/ll refresh our relationship with the Quran and then we gonna share it with the rest of humanity . Quran is the guidance for humanity and set a standard between right & wrong . In every Ramadan we are supposed to go back to Quran as if it our first time reading it
  • Ramdan is actually training , for us to face the real challenge ( shaitan ) . You will engaged with something physical exercise for instance ( you cant eat , cant drink until Maghrib ) , that will develop into something that is spiritual  which is ( taqwa ) . Thats the reason why Allah said ;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ  
O you who believe ! fasting is prescribed for you , as it was prescribed for those before you , so that you may guard against devil / Wahai orang - orang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang - orang yang dahulu daripada kamu , supaya kamu bertaqwa .

  • There is a great battle inside you , between your body and your heart . During the whole 30 days your heart gonna win . Thats the reason we can complete our 30 days of fasting . In Ramadan , the shaitan been tied , been locked , if shaitan are with us probably we will manage to fast only for a week . So this is the training for your heart to gain taqwa . Its like the police training . During the police training session , they only practice , there is no real challenge ( no real criminal and etc ) but after the training , the police need to come out and face the real challenge , need to shot the real criminal . Same as us in Ramadan , after training our heart to gain taqwa, only then we face the real  challenge after Ramadan which is shaitan . 
  • Yes , your heart may get injured throughout the rest months after Ramadan . So thats the reason we need Ramadan , we need to undergoes training gradually / yearly . We need to recover our heart . Taqwa will come when you exercise that muscle ( heart ) , when you let your heart win .
  • Allah only wants ease for you . Not only to ease your thinking but Allah want to ease your life . You will never have the ease of your life if you dont have guidance , and you will not have guidance until you have taqwa . Allah wants your life to be easy and ease will come with guidance . Thats why HE gives you Ramadan .


  • Here is a situation given by brother NAK , a simple situation than we can relate with .                    Situation A : Our parents will ask us to do our homework like so many times . They'll repeatly remind us until we get bored and do our homework . If they tell us only one time , did we really gonna straight and do it ?                                                                                                                                        Situation B : Allah had mention about taqwa over 200+ times in Quran ! Why is that ? Because we dont develop our concious about him ( taqwa ) and HE wants us to develop our taqwa . thats why . How amazing huh ? HE had repeatedly mention to us and yet we refused to do so .
  • So , since Ramadan is a training , what we usually do when we finished our training or when we graduated and get certifies? We'll celebrate it , in the way Allah guided us . Celebrate it with takbir      ( Allahuakbhar )
  •  Fasting may starve our body but revealation of Quran in Ramadan feeds our soul . Its like one thing get weaker the other is getting stronger . The equilibrium is reach again . Be grateful to Allah who save our soul this month ! Be grateful as Allah give us Ramadan as a gift :)
I really hope whoever reads and listens to the vid it will give you something at least , its not too late insyallah :) Happy fasting people . Salam Ramadan :)

Yang buruk semuanya dari fyna , maafkan lah andai ada sesiapa terguris hati , andai ada silap .
Assamualaikum :D

Tuesday, July 17, 2012

Jangan Takut Untuk Berhijrah .

Assamualaikum  semua :)

Dah tinggal beberapa hari sahaja kita nak bertemu bulan mulia , bulan Ramadhan . Rasa macam agak pantas jugak la masa berlalu untuk tahun ni kan . So , fyna ambil kesempatan ni nak wish semua orang , Selamat Beribadah , Selamat Mencari Keredhaan & Keampunan Allah sepanjang bulan Ramadhan ini . Dan moga - moga kita istiqomah kawal nafsu kawal diri kita sepanjang bulan puasa sampai lah bila - bila :D Insyallah .

Before tu . Take note ; saya bukan lah sesiapa yang arif dalam bab - bab ini , cumalah insan yang serba kekurangan  yang tak lari dosa , yang masih perlu "struggle to be better muslim" . Ilmu pasal agama saya sangat kurang , saya akui saya baru mula nak ambil tahu pasal agama dengan lebih serius .  sebelum ini mungkin tak . Segala silap , tolong betulkan .

" Jangan Takut Untuk Berhijrah "  , kadang - kadang kita bukannya tak terlintas di hati nak sangat perbaiki diri kita , nak sangat nak jadi lebih dekat dengan Allah . Niat tu sudah ada , rasa keinginan tu dah ada , tapi kita macam tak ada kekuatan untuk ke arah tu , tak ada keberanian . Mungkin sebab tak yakin dengan diri , mungkin juga takut dengan apa respon yang akan kita dapat dari orang sekeliling . Inilah apa yang fyna rasa , selalu sangat dah dok terlintas dalam hati " takkan lah aku nak macam ni sampai bila - bila , masih di takuk yang sama , nak juga jadi lebih baik dari ini " . Selagi kita tak ambil apa - apa tindakan , tak paksa diri kita untuk buat , selagi itu niat baik kita akan tertangguh . So jangan berlengah , start from now .

Bagi fyna , ada first few steps yang perlu buat , untuk mula mengorak langkah nak menapak nak mendalami Ilmu Allah , nak lembutkan hati , nak perbaiki apa yang kurang , nak cari Redha Dia . Tak semua apa yang fyna akan tulis ni fyna buat . Tapi itulah yang akan paksa diri untuk buat . Kadang - kadang ada hari malas ada hari rajin . Sama la jugak macam iman , ada hari naik ada hari dia turun . So nak tak nak fyna kena paksa diri fyna untuk terus pujuk hati nak berubah .


1 . " Solat Tiang Agama "

Siapa yang nak meneggakkan agama islam , maka janganlah abaikan solat . Jika tiangnya rapuh harus bagaimana rumahnya bisa berdiri teguh . Memang benar semua orang solat lima waktu , mungkin itu tak menjadi masalah , tapi mungkin dulu kita solat tu cuma sebagai syarat , solat akhir waktu , wudhuknya pun tak sempurna . So , mungkin kita boleh start solat di awal waktu . Abaikan dahulu segala urusan , segerakanlah solat tu . Fyna pun tak terlepas benda ni , kadang - kadang keluar tu pergi jalan- jalan sampai dah dekat nak azan waktu lain baru nak solat . Tapi kita kena lebih alert . Kita kena ingat apa pun yang jadi cari masa untuk solat di awal waktu . Setiap waktu solat ingatlah akan kematian  Anggaplah ia sebagai kali terkahir kita solat sebelum menemui ajal . Hurm , susah kan , takpa kita cuba .Selain solat fardhu , touch up kan ia dengan solat sunat . Solat sunat ini termasuk lah sunat rawatib. Antara solat rawatib yang hampir tak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah ialah 2 rakaat sebelum fajar . Bercakap pasal solat sunat ni , fyna memang susah lah nak bangun untuk tahajjud , entah lah kenapa , nak bangun pukul 3 4 pagi tu rasa berat sangat , sebab fyna tau fyna jarang nak terjaga tengah malam , fyna akan cuba buat solat sunat apa yang sempat sebelah siang .

"Sesungguhnya amalan seorang hamba yang pertama sekali dihisab ialah sembahyangnya. Sekiranya sembahyang itu bagus, maka dia berjaya. Tetapi jika sembahyang itu rosak, maka dia rugi. Sekira ada apa-apa kekurangan didalam kewajipannya(solat) maka Allah Azza Wajal mengatakan:- Perhatikan apakah hamba aku mempunyai sembahyang sunat yang boleh dia menyempurnakan kekurangannya didalam solat fardu.Segala amalannya yang lain akan diadili seperti itu. " ( Diriwayatkan oleh al-Tirmizi, Abu Daud, Al-Nasaai, Ibn Majah dan Ahmad)

2. " Biar Al-Quran dekat di sanubari "

Akui lah sebelum ini masa zaman sekolah jarang nak pegang Al - quran , nak baca apatah lagi nak tahu maknanya dan betulkan tajweednya. Tapi bila dah masuk asasi , fyna rasa macam fyna tiada siapa nak jaga , nak melindung , kini hanya ada Allah yang sentiasa bersama kita , Dia pelindung kita . Dan Al-Quran itu mukjizat . So , setiap hari tu please jangan miss baca Al - Quran serta maknanya . tak kira lah walaupun hanya 2 3 potong ayat . Biar dia dekat di hati kita . Lepas solat tu ambik masa 5 minit untuk baca . Selain dari itu , sentiasa perdengarkan Ayat - ayat Al - Quran di dalam bilik , dalam rumah , atau pun dalam kereta . Biar kita sentiasa dengar kalimah Allah . Fyna harap yang ni fyna boleh buat lebih kerap . Selalu nak dengar lagu pun mesti cari lagu yang lagha . Heh . Yang ni akan cuba diterapkan lagi Insyallah . Surah - surah pilihan tu keraplah amalkan . nasihat diri sendiri*

3. " Sucikan hati yang kotor "

Antara satu sifat yang boleh sucikan hati , yang boleh beri kehidupan kita satu nafas baru , satu perspektif baru ialah dengan bersyukur . ya Bersyukur tu kunci untuk segalanya bagi fyna . Nikmat Allah bagi kat kita sekarang ni , kalau nak kita listkan , tak kan mampu . Percayalah bila kita start bersyukur dengan apa sahaja Allah kurni , hidup kita akan lebih mudah . Maka jadilah kita dalam golongan orang yang bersyukur . Jangan riak , jangan takbur , jangan sombong . Kalau kita berharta , ingat harta itu bukan milik kita . Kalau kita serba kekurangan , ingat Allah ada untuk kita . Semua ini milik Allah , bukan milik kita . Rupa paras kita , harta kita , kepandaian kita , semuanya . Cuba rasa malu dengan Allah bila terlintas di hati nak sikap riak takabur . Jangan lah iri hati dengan klebihan orang lain . Semua kita sama disisi Allah , yang berbeza hanya amal soleh . And oh ya zikir , selawat , jangan lupa . Basahkanlah lidah , sucikan hati kita . Kalau badan kita pun kita mandikan 2 3  kali sehari . Hati janganlah lupa bersihkan .

“Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memaklumkan sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih” (Ibrahim:7)
4 .  "Majlis ilmu"

Ha , bab ni memang fyna amat - amat lah terkilan . tengok kawan - kawan kat perlih( read perlis) pi merata aih program . Harap lepas ni , boleh attend , boleh join banyak sangat majlis - majlis macam ni . Insyallah .
Mungkin dulu rasa macam tak nak rasa macam malas nak ambil peduli pun pasal ni . Mungkin sekarang , kena start ambil peduli , kena start jinakkan diri pergi majlis - majlis ilmu . A friend of mine pernah berpesan "Agama ni kena berguru tak boleh sekadar surf internet " . Rasa macam a'ah betul tu , asyik duduk google ja semua mana boleh . Ini bukan soal main - main . Ini soal agama . Insyallah harap Allah hantar orang yang baik - baik untuk bawak kita ke jalan Dia .

Ada sikit tambahan yang nak cuba selit kan sini . Isu menutup aurat .

5 . " Menutup tidak sama dengan membalut "

Pakai tudung tu belum tentu kita sudah menutup aurat . Ingat , dan berhijab itu bukan lah sekadar nak sembunyikan rambut , hijab kita biar sempurna . Berhijab biarlah sampai hijab hati . Fyna tau fyna pun masih jauh dari sempurna dalam isu ni . Tapi dari segi aurat atau pakaian ni kita jangan takut untuk berubah . biarlah fashion & style come second after syariat . Fyna pun selalu tersasar , tapi ingatkan diri tu balik , kita nak cantik di mata manusia sahaja ka ? nanti manusia jugakah akan hisab kita di akhirat ? Selepas selesai hijrah hati peringkat demi peringkat harap sangat boleh fyna hijrah dari segi penampilan .Nampak baju - baju ketat jarang , ni sayang tak pakai , tapi takpa pejam mata , pakai baju lain yang lebih menepati . Labuhkan tudung . Fyna tulis ni pun untuk peringatan diri . Masih dalam proses , harap sangat boleh cuba transfromkan diri demi Mu ya Allah .Insyallah percayalah bila kita ingat Allah , sebelum kita keluar rumah tu kalau kita pakai macam rasa tak kena ja , kita sendiri akan rasa bersalah , kita sendiri akan masuk tukar kepada yang lebih elok . Elakkan tabarruj  yang kini telah dianggap sebagai norma . Insyallah  . pesanan untuk fyna jugak ni .

" Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman suapaya menyekat pandangan mereka ( dari yang haram ), dan menjaga kehormatan mereka , dan janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher baje mereka dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan tubuh perhiasan mereka melainkan kepada suami mereka " ( An-nur:31 )"


Rasanya dah panjang sangat dah ni , tangan pun dah lenguh . Harap sangat segalanya ditulis akan bawa manfaat :) Insyallah , and jangan lah harap fyna sesempurna semua itu , cumalah manusia yang baru kenal erti hidup ini semata - mata kerana Allah .Janganlah melihat akan siapa penyampainya , tetapi lihatlah kepada apa isi yang disampaikannya . Manusia itu tak sempurna , tapi Agama(Islam) yang disebarkannya itu adalah sempurna . Sama - sama kita cuba tingkatkan lah , walaupun kita ni tak setanding para cerdik pandai Islam , tapi biarlah kita lebih baik dari orang yang tidak diredhai Allah ( orang jahil ) . Kalau kita tak mampu buat perkara baik sekalipun janganlah pula menambah dosa :)

Harap ada orang yang sudi bimbing dan beri tunjuk ajar . Kalau ada salah silap mohon maafkan , Rasa malu sangat nak post pasal ni , tapi apa salahnya nak berkongsi cerita .

Assamualaikum :D

- Jangan Takut Untuk Berhijrah kerana Allah -

Monday, June 25, 2012

Just Another Happy Moments :)

Assamualaikum and hyeeee !
Wa mula - mula agak agak malu nak post ( mata ke mata* ) , tapi rasa macam nak post jugak . haha .
Just to cut it short , hehe . Last Saturday wa jumpa mamat paling cool , agak tak menyangka jugak boleh jumpa beliau . Kenal IAMNEETA ? heh , banyak jugak orang tanya jugak . Well actually IAMNEEETA  is a band from youtube which turn out to be a recording artist ( under NAR Record ) .  first band from youtube to be exact . Ada 3 of them , Neeta , Anas & Patrick . They have good songs , a good vocalist  . Perfect .

http://www.youtube.com/user/iamNEETA
http://www.youtube.com/user/TheSeventeenEleven

Boleh lah cekidout bagi yang masih tertanya - tanya . Hehe , pertama kali wa tengok video - video mereka dan kemunculan depa ni di kaca - kaca tv . ( amboi ) wa memang jatuh hati semacam ja tengok Patrick , hahaha . serious ni serious . To cut it short again , terjumpa patrick & anas di Publika just before the Art Speed punya show , well at that time neeta was at the other floor , nvm , perhaps next time . Thanks so much to both of them yang memang friendly , and cam followers n fans kat twitter . Cool cool . Depa ni kira orang2 tua kata boleh buat kawan lah ( read : orang baik2 ) . Haha . Sampai mak wa tanya time wa stop and pergi tegur ," sapa tu kawan adik ka ? " and i was like . hahaha .


source : Facebook 
Comel comel je bebudak sg petani ni >.<


***************

Excited sampai ke malam kot gamaknya sampai terbuat muffin . well actually dah beberapa hari beli barang nak buat , but then tangguhkan aja . Malam tu terus buat muffin , haha . inikah mungkin orang kata bila bahagia tu nak suruh buat kerja apa pun boleh . Haha . 



ye ye . wa tau , rupa dia tak macam muffin yang gebu gebu gitu . buruk ja tengok . tapi boleh lahhh dari tak ada . HAHA . this is my first attempt so no worries pratice makes perfect :)

Btw , amacam dengan wajah baru blog ? hehehe . Hafiz is back to work again , now i must find something to do again and i guess cooking is the new thing . Wahhhh gituuuu . HAHA , mungkin ini hanya omong kosong sahaja . Jangan terpedaya kawan - kawan . Please . Haha . Kalau hafiz baca ni mau muntah darah* erk .

Well i guess thats all for now , walau entry ni berona fun fun gitu . tapi dont forget people , never forget to ask your iman , everyday :) Selamat beribadah & beramal .Apa - apa pun harus beserdehana . Haa ingat tu fyna , jangan exsaited melebih . Hehehehe . 

Assamualaikum :)




Friday, June 15, 2012

Niat mendahului segala ,

" Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung dengan niat " Riwayat Bukhari & Muslim .

Assamulaikum & Salam Blogging dan juga Salam Saiyuddul Ayyam :) Okay , mohon baca sekali lagi tajuk di atas . Niat Niat Niat . Memang entry kali ini agak mungkin berbeda rona dan rentaknya . Takpa , sekali sekala kan , apa salahnya ? Mana tau kot lelama nanti , insyallah wa boleh teruskan rentak yang macam ini . Hehe . Tapi ilmu didada belum cukup , yang ada pun mungkin secotet secubit skit sahaja . Haha . Adakah nampak inpropriate kalau masih kekalkan penggunaan guwa / wa dalam entry ni ? Wa rasa tak kot . Tak apa kan ? Agak panjang , kalau dah alang baca , baca lah sampai habis ya . Hehehe . angkat kening*

Wa rasa wa sangat tak layak nak cakap soal yang lebih mendalam pasal perihal macam ni , so hari ni wa nak cakap simple - simple ja . Wa nak semabang and cakap dasar - dasar ja gitu , nak lebih mendalam , kena cari yang lebih ariff lah .Niat tu penting kan ? Dalam ibadah seharian kita , macam solat , puasa , sedekah semua harus nawaitu lillahi Ta'ala . Hari ni wa cuma nak sentuh soal biasa - biasa ja ni , buat macam sembang kat kedai mamak sudah . Amboi . Soal social networking ni , haaa . Facebook , twitter , blog ha apa lagi . Instagram etc . Kalau untuk diri wa , memang wa mengaku wa memang kaki tweet boleh tahan jugak . haha . facebook kalau tak update status setiap hari pun online cek cek notification tu memang selalu lah .

Okay cakap soal niat ni , hurm wa tulis ni pun wa nak perbaiki diri sendiri ja pun , tapi apa salahnya nak menulis berkongsi uolss . Niat akan datang sebelum apa - apa perbuatan , nak facebook , niat untuk apa ? Nak tweet niat untuk apa ? Serious wa tah tetiba tertanya diri wa sendiri . Then , bila fikir balik kalau terdetik rasa riak , rasa bangga , rasa ujub , ish tak ka salah tu . Wa tanya diri wa hari ni , ada ka aku rasa mcm tu selama ni . Kalau ada aku silap , aku silap , aku kena tanya balik iman aku . And semasa wa tengah menaip ni pun , sebenarnya wa takut sesangat , istifar lah banyak - banyak kalau niat asal tadi nak menulis berkongsi ni jadi niat yang macam lain . Mintak simpang .

Satu lagi perihal twiiter , jangan sampai kita tweet benda yang tah hapa - hapa , yang boleh datangkan fitnah , yang boleh datangkan benda - benda yang pelik hanya untuk dapat attention , followers ramai ka apa . Sama juga konsep diaplikasikan untuk facebook dan blog . Nak likes . nak followers . Ish , wa rasa wa dulu masa mula - mula blogging pun niat lintang pukang jugak . Nak kejar followers and sebagainya , tapi inysllah sejak tahun ni insyallah semua mungkin dah berubah . Mcam wa cakap , wa tulis ni wa nak ingatkan diri sendiri jugak , kalau ada yang membaca ni macam huk aloh dia pun lebih kurang boleh pulok tulis cam ni , Tak sesuai uols . Hurm itu lantak hampa lah . Hehe . yang penting kita bukan Tuhan untuk menghukum kita hanya makhluk yang perlu berdakwah bukan menghukum ( quoted ) . Ingat ingat . 

Dekat facebook sekarang kalau hampa perasan banyak orang dok share perihal Islam , wa nak kasi cerita , wa memang rasa bangga kot . Rasa bagus , banyak orang sekarang mula ambil kisah , tapi yang wa tak paham nanti akan ada ja komen - komen liar kat bawah tu . " Dari dok nasihat ni eloklah kau pegi semayang ? " "Ni dok share ni buat ka tak ni ? " Wa baca komen komen macam ni memang terus *facepalm* tepuk dai ( read : dahi) lah jugak . Ya paham sesetengah orang berpendapat , buat baik dendiam sudah , tak perlu kot heboh satu facebook , tapi mengajak orang buat baik bukan kah satu kewajipan kita ? Cuma semuanya bergantung pada niat orang tu , jangan persoalkan niat beliau , ambil apa yang cuba disampaikan tu . Tapi ya lah kadang - kadang wa mengaku ada ja yang memang obvious sangat kot nampak memang nak menunjuk . Ha yang ni pun tak boleh jugak . Berpada - pada dan perbetoi niat okay . Kalau solat lima waktu , tak perlu kot share , semua orang wajib solat kan . Yang info info yang berguna tu memang bagus , kekadang wa pun dapat info yang tak pernah wa tahu .  Teruskan sahabat !

Ni baru soal perihal social networking ni , belum kira bab - bab lain yang wa tahu wa jauh lebih jahil lah , sama-samalah kita tanya setiap hari tepuk dada tanya iman . Before that wa teringat wa pernah terbaca amd wa rasa tertarik sangat dengan phrase ni , " Solatlah walau terpaksa , puasalah walau terpaksa , tutup auratlah walau Terpaksa , Dalam Keterpaksaan itu perlahan - lahan kita akan menemui hikmah dan akhirnya hati akan menjadi ikhlas melakukannya " Kita kena cari hidayah , jangan berhenti mencari .Kalau jodoh boleh usaha cari , kenapa bukan hidayah Allah ? Hik hik hik . Muhasabah diri . Jangan soal munakahad ja dok ikut ustaz azhar , ikut tuntutan agama , soal lain pun sama ja . Hehe . Muhasabah diri lagi* Hehehe . Amboi .

Okay , panjang sangat dah ni , jadi la kot na . Salam Jumaat Semua . And btw blog ini memang ada dua orang author , tapi seorang lagi dia sedang pergi bertapa gamaknya mencari idea dan inspirasi untuk buat first entry beliau , wa pun tertunggu - tunggu jugak . Haha . sabaq ja lah .

p/s : Rasa malu bergunung jugak nak post perihal yang kita kurang arif , kalau ada salah sila tegur , :)

Assamualaikum Semua :) Bye uolsss .

Monday, May 28, 2012

Kenangan Asasi , short version .

         Assamualaikum dan Salam 1 Malaysia buat semua pembaca setia ? Walaupun hampa yang setia ni mungkin boleh kira dengan jari ja , takpa takpa wa hargai sangat . Terima kasih banyak - banyak :) Wa rasa hari ni wa nak menulis pasal pengalaman , pengalaman yang mendewasakan wa . Bukan hanya untuk share dengan orang lain tapi wa rasa , kalau wa tak tulis pasal benda ni . Mungkin lama - lama wa boleh lupa . Tidak dapat disangkal lagi wa ni memang jenis pelupa , kalau tak percaya boleh tanya mama wa lah paling senang . Selalu lupa bila dia suruh buat kerja . ( eh itu lupa ke buat - buat lupa ? Haha ) . ALhamdulilah , wa sekarang sedang bersenang - lenang bercuti sampai bulan September . Sudah berjaya menamatkan asasi / foundation dekat negeri kelahiran wa . Tapi wa orang Peghelih (Perlis), jangan confuse please , namun sekarang wa terpaksa menetap di kl buat 4 5 tahun terdekat ni mengikut keluarga . Hurm . 

     21 Mei 2011 . Inilah antara tarikh yang kira boleh wa masukkan dalam list hari-hari bersejarah hidup wa . Pepagi lagi wa dah bangun siap . Baju kurung hitam polka dot warna - warni , dan shawl merah yang wa beli online , menjadi pilihan wa hari tu . Entah apa yang wa suka sangat dengan polka dot . Rasanya kebanyakkan perempuan suka polka dot kan ? Eh betol ka ? Hari tu juga first time ni wa pakai contact lens . Boleh cakap jakun jugak lah . Rabun , ya wa memang rabun tapi tak sampai tahap kritikal lagi lah . Mak aih wa hampir gaduh dengan kakak wa perihal contact lens . Tak boleh salahkan wa jugak , wa first time pakai mesti lah lambat sikit kan . Alah bisa tegal biasa , haa gitu . At that time wa rasa kalau pakai spec ni susah lah ( konon ) . Padahal dah bertahun pakai spec . Hari tu family wa pergi hantar wa daftar Asasi Undang - undang , UiTM Merbok , Sg Petani , Kedah . Wa rasa feeling tu macam nak pergi Melbourne pun ada . Sesampai wa kat sana yang paling wa ingat ialah  pokok getah penuh . Wa dah mula garu kepala tapi bila tengok gunung jerai wa macam terdiam , cantik ciptaan Allah . Wa mula rasa ada hikmah mungkin Allah hantar wa ke sini , even dah menangis berbaldi masa tau result dapat ke sana . 

    Sem 1 satu wa dapat bilik dua orang , roomate wa ore kelate . Haaa , budak law jugak .  Mula - mula wa kenal dengan dia , wa rasa mcam betul ka dia sanggup duduk sebilik sekatil sebantal dengan wa ni , nanti wa bebai haa sapa nak pujuk , wa menangis sapa nak tolong pinjamkan bahu . Huwaaa . Tapi sebenanrnyawa silap , dia lah teman wa luah perasaan , wa bercerita , wa begurau senda ( ewah ) . Dia selalu ingatkan wa pasal agama , family . Wa sayang dia lah . Kepada syera ( bukan nama sebenar ) kalau lu baca ni sila bangga . Hehe . Orientation week was asdghfht . Hurm , kalau nak bukak cerita kat sini pun malu . Tapi wa adalah menangis "sikit-sikit"  ja lah . Haha . Sebab wa rasa kenapa wa dapat kampus Merbok ni ? Kenapa ? Why why ? Memang boleh buat stok lawak bila teringat balik macam mana wa behave dulu .

   Bila kelas mula start , mula kenal kawan - kawan . Wa cari alasan tak boleh carry subject lah , tak boleh duduk sini lah , tak suka , benci tempat ni . Ceh , padahal wa baru duduk  2 3 minggu ja . Wa call mama abah ma siang malam suruh datang ambik wa , cari lah mana - mana kolej / uni kat wa . Yang boleh jumpa mama abah selalu . Oh seriously , what on earth im thinking masa tu ? This is the best platform for me , Thank Allah . UiTM di hatiku . Hehehehe . Wa rasa wa sangat tak rasional masa tu , sangat . At least selepas kesedihan yang setinggi puncak jerai tu wa bangkit , walau berat walau susah wa nak teruskan benda ni , wa buat jugak . Thanks a lot to those who always comfort me and been there when i feel like its the end of the world . Jasamu ku kenang . 

   Selepas wa langsaikan semester 1 . Wa rasa its not that bad fyna . You did well and the most important thing is IM IN LOVE WITH MERBOK . kenyih kenyih nampak gigi* So many things happened in the first semester. Masa semester pertama , wa rasa orang yang paling banyak berkorban adalah mama . Sangat berterima kasih buat mama . Mama sanggup duduk sensorang kat rumah kat Perlis , mama tak ikut abah . Mama mai ambik adik setiap minggu balik dari Merbok ke Kangar sepanjang sem 1 . Walau semua abang kakak termasuk abah duduk Kl , mama stay duduk rumah . Ya Allah , kau ampunkanlah segala dosa mamaku , kau jagakan dia sebagaimana dia menjagaku . Bila masuk last sem asasi , which is 2nd semester I had so much fun along the way . Subjects are more tough , 24 hours a day seems not enough . Busy tu memang sesangat lah . 2ns semester wa dah tak balik tetiap minggu , wa mula menikmati hidup kat merbok , mama dah ikut abah . Tiada sapa lagi kat perlis .

    Tapi sesungguhnya sepanjang perjalanan tu wa rasa seronok , wa mula belajar erti bersyukur , erti takdir , erti menyerah segala kepada Allah . Wa belajar untuk berkorban , wa belajar tak semua apa yang kita nak akan dapat , tapi kita kena suka apa yang kita dapat . Allah itu Maha Adil , Maha Mengetahui . Setiap seorang yang ikhlas berkawan dengan wa , yang dah banyak bagi warna dalam hidup wa sepanjang di Merbok . Terima kasih wa ucapkan . Tak lupa jugak buat abang - abang dining masria , yang selalu buat burger lambat , selalu biar kami tunggu nasi masak lambat , ( amboi baru tadi cakap nak bersyukur ) dan yang selalu jual topup digi . Yeay . Tak lupa jugak kepada pak guard mak guard yang sangat mesra , selalu menegur kami . Haha . Hurm . Wa tak pernah ada masalah dengan depa ni , serious . 

   Terima kasih jugak buat lu , lu yang wa paling sayang , yang paling wa cinta . Lu memang terbaik lah bro , lu macam kawan baik wa , lu dah macam abang wa , lu kekadang macam ayah wa , tapi lu jugaklah kekasih terbaik wa . Wa harap kita selamanya , wa harap kita bukan hanya satu kenangan , wa harap kita kekal . Wa sayang lu bro . Haha . angkat angkat kening* Mahal na maha kita . Lu berjaya tunjuk sisi indah hidup di Merbok , lu buat hampir setahun wa di Merbok adalah sesuatu yang wa tak boleh lupa . Lu buat wa senyum sejak kali pertama wa nampak lu di minggu orientasi . Lu buat wa rasa bersemangat , antara classmate terhebat . Wa anngap lu antara salah satu takdir dan hikmah wa di Merbok .

Akhir kalam , ewahh . Wa menulis pakai hati , wa menulis apa wa rasa . So , bacalah guna hati , wa menulis suka - suka mengisi ruang hari wa . Andai ada salah maaf . Siapa yang baca dari mula sampai habis tu wa kasi tabik spring . Terima kasih .

Assamulaikum :)







Monday, May 21, 2012

Rindu #1

" rindu kalau lebih sangat sangat silap silap boleh bawak koma ,
 haa jaga - jaga , koma dalam dunia kau dan dia " 
Fyna Shahruddin .

Assamualaikum , hye uolsss ! 

Okay sebelum apa - apa , wa nak cakap sebenarnya wa sedih jugak followers wa masih di takuk lama . Tapi bila fikir - fikir balik apa tujuan asal wa buat blog ? satu medium ekspresi diri , satu platform wa nak lepaskan rasa , pendapat etc . So who cares about how many followers do you have ? Its about self satisfaction . True true true .

Rindu ?  Definisi rindu luas . luas lah kalau bagi wa .

Bagi wa rindu adalah apabila kau malas nak bangun pagi , sebab kau sedar yang kau rindu tak akan teman kau untuk jalani hari - hari kau akan datang .

Bagi wa rindu adalah apabila kau rasa alangkah indahnya kalau kau ada sayap nak terbang , terbang jauh pergi tempat hanya ada kau dan orang - orang kau rindu .

Bagi wa rindu adalah apabila kau rasa kosong , kau rasa sunyi walaupun sebenarnya ramai orang sekeliling kau , kau tetap rasa sunyi , kosong .

Bagi wa rindu adalah apabila kau asyik tekan replay lagu - lagu yang kau rasa dekat , kau rasa semua lagu adalah untuk kau .

Bagi wa rindu adalah kau rasa dia ada memerhati setiap gerak geri kau , kau rasa dia ada dalam diri kau ,kau rasa dia ada .

Bagi wa rindu adalah satu perasaan yang boleh buat kau rasa lemah dan kuat , kau lemah untuk teruskan segalanya tapi dalam masa yang sama kau rasa kau harus kuat kuat untuk teruskan hidup agar suatu masa bila kau bertemu dengan apa yang kau rindu itu , ia tahu kau masih kuat menunggu dia . ( apa aku mengarut ni ? haha )

Macam wa cakap , rindu ini luas . Kau rindu ibu yang pergi tinggalkan kau ? Kau rindu kawan yang kini jauh beribu batu  ? Kau rindu keksih yang setiap hari kau luangkan masa bersama ? Kau rindu keamanan yang entah kita juga yang rampas ? Kau rindu kedamaian yang kian pupus ? Kau rindu nak dambakan DIA yang satu ?

Rindu , kalau kau rindu sesuatu yang indah ? ada ka rindukan yang tak indah ?  Jangan kau menangis , cuba kau senyum kenangkan segala yang manis itu , jangan menangis kerna ia sudah berlalu , senyumlah kau kerana ia berlaku :)

Whatever it is , segala yang kita lakukan haruslah beserderhana . Islam mementingkan kesederhanaan dalam apa jua keadaan . Apa sahaja yang kita buat , jangan lupa siapa bagi kita perasaan rindu ? Siapa yang bagi kita nikmat ini ? Kalau itu kau lupa , memang makan diri .

Berakhir setakat ini Rindu #1 . ada masa , ada ketika , selagi bernafas , insyallah akan bersambung . 

Jangan lupa kirimkan DOA , buat apa sahaja yang kau rindu . Doa itu senjata kita , kalau kau tak mintak , macam mana Dia nak beri . 

Yang merindu ,
Syarafina .






p/s ; weh weh , wa rindu lagu hindustan zaman 90's . serius . the music was so different in this millenium era , rindu rindu . haha .


Sunday, April 22, 2012

Satu malam entry berasap .



Hello & Assamualaikum people .

Yeah , we meet again this time .
Kepada yang tercengang what the fish tajuk entry aku macam tu ?
Haha . Sama - sama kita rungkai . Warning , dalam entry ini memang banyak sikit bebelan , siapa yang rajin baca tu terima kasih !

Tak ada apa yang berasap pun sebenarnya , melainkan otak aku dan puntung rokok yang berasap malam ni . Ehem bukan rokok aku , rokok orang lain . Abah aku mungkin . Amboi sekarang , nak buat intro entry pun ada pembayang ? Tak ada lah . Okay sudah lah berteka - teki , memang aku nak cakap pasal rokok , tapi malam ni aku bukan nak kasi ceramah ; " abang - abang adik - adik janganlah merokok , rokok tu bahaya , ada macam - macam chemicals " NO , *itu semua sampah* sebab apa aku kata sampah , kalau aku dok tulis kat sini buat apa , benda tu semua orang boleh google kot kan . tak perlu aku nak buang masa to repeat the same whole thing all over again . Lagipun bukan ka dulu hampa dah dengar ceramah atau kempen tak nak kat sekolah - sekolah kannnn ? Angkat2kening*

Okay aku bukan nak bersifat sakarstik ataupun nak judge golongan merokok . Jauh sekali lagi lah nak melabel orang merokok ni equals to bad etc . Lagipun abah aku sendiri merokok . And mungkin juga abah - abah hampa , abang - abang hampa dan boyfriend boyfriend hampa juga merokok . Dan kepada gilfriend - girlfriend yang selalu mengingati kekasih anda

" b , ish kenapa merokok lagi ni ? nak i mati cepat eh b ? "
" ucuk , mulut ucuk busuk lah , takmo merokok eh , takmo takmo "

ayat di atas hanyalah rekaan semata - mata , tiada kena mengena hidup atau mati*

sekali lagi aku rasa benda ni sampah jugak . useless . aku mengaku mungkin aku jugak pernah buat benda yang sama seperti di atas ( eh ? ) tapi seriously . Look kepada guys yang berhenti merokok sebab gf . Hurm . lepas hampa break , frust frust . cari rokok balik . see . kalau tak break pun , gaduh lah . Gaduh besar , tension . Then lepak dengan member , tengok member dok sedap merokok , hampa rembat jugak barang sebatang . ( Hahaha , okay aku rasa aku dah terlalu ikut emosi ni , guys jangan marah ha nanti cepat tua , peace* )

So , my point is atas dasar kemahuan sendiri . self determination . kalau nak quit smoking buat kerana diri sendiri , buat kerana Mak ayah ka at least . Pehhh , ayat aku . hahaha . okay kami kaum - kaum hawa ni pun tak sempurna . Well ada saja antara kaum hawa smoking , so aku tak lah specifickan kes ni kepada lelaki .

*********

Entry ini sebenarnya diinspirasikan ( amboi ) oleh Mama , bilamana dalam kereta tadi , on the way nak pergi beli ikan and sayuq - mayuq ( apa ni ? ) kat pasar .
Abah turun kejap nak hisap rokok , and mama spontaneously asked

" adik , ada idea tak macam mana nak bagi abah berhenti smoking ? "

and i was like , hurm sedangkan mama yang hidup bersama dah lebih dari 20 tahun dengan abah pun masih tak temu jawapan inikan aku ni .

" kalau buat apa pun tapi kalau abah dah tak nak , nak buat mcm mana ma , " pasrah ja bunyi .

Itulah sebenarnya mengenangkan kisah mama dan abah ni , aku fikir andai aku ditakdirkan kahwin dengan orang yang merokok ni , ( ehem ) hurm mungkinkah dia sanggup usaha sendiri nak quit atau aku akan sambung kehidupan aku dengan rokok sampai akhir ayat . Sejak lahir sampai beranak pinak , bercucu cicit . Sedihnya . Lap air mata* sebab apa orang merokok ? well banyak orang akan cakap banyak jawapan , banyak sangat faktor kan kan . Tapi kalau sebab family sendiri dah merokok , aku rasa tak selalunya macam tu sebab kedua - dua abang aku tak merokok , bau rokok pun tak boleh sedangkan abah aku perokok tegar , sangat tegar .
" Saya boleh buat apa kalau awak tak suka saya merokok , saya kenal rokok dulu sebelum awak " -Terfaktab
Okay , mungkin ada sesiapa yang di luar sana yang macam " apasal minah ni nak kecoh kecoh hal yang da basi ni ? belajar tak habis tak payah dok nak kasi lecture kesedaran or what not sangat lah "


from my tweets .

Oh well basi basi tak basi , ini sebab abah aku merokok , arwah pak su aku merokok ( Arwah died cause or throat cancer ) , kawan - kawan aku ada yang merokok and sesiapa ja lah.
Dan mungkin ada yang cakap , " ajal maut ditangan tuhan , semua orang akan mati tak kiralah dia merokok ka tak "

Well true , semua orang mati , tapi nak ka hidup kau terseksa sakit dulu sebelum mati , nak ka kau susahkan anak - anak bini kau dulu sebelum mati ? Ini belum sentuh bab kos lagi ni , lagipun kalau cakap pasal kos selalu lelaki akan ungkitkan " yang perempuan beli make up handbags beribu - ribu tu ? " well guys handbags wont cause you cancer at least :) No im not being biased . Haha . Its true kan .


Panjang pulak aku membebel malam ni , i think thats it for now :) In the end of the day yeah its still your choice of life kan , yeah your right , hak anda kan kan . Angkat kening lagi*
Kebebasan asasi seseorang individu akan terbatas atau terhenti bilamana anda mula mencerobohi hak asasi orang lain . You can do anything you want with your own way , tapi once benda yang hampa buat tu dah boleh kacau hak orang lain , gangu orang lain . Then your freedom will stop right there you know . Okay fine im not going to talk about freedom , hak asasi manusia ka apa ka . I should stop righ here i guess .

Andai kata ada tersalah bahasa , ada terguris hati - hati anda . Mintak maaf , dan have a good day ! Be good people .

p/s : Whatever it is I love You abah , love you so much :) well semua manusia tak sempurna kan tapi kita ada peluang untuk perbaiki diri kalau bukan untuk orang tersayang untuk diri sendiri dan Dia yang satu .

Eh kepada awak , kalau awak baca ni . haha saya tak sebut pun nama sesapa kan , tapi kalau awak terasa jugak . Hurm bagus :D peace*